Thursday, June 15, 2006

Germany Vs Poland

Yahooo...Germany menang lagi pagi tadi...tapi sayang...hanya satu gol diperolehi. 1 - 0 jumlah gol yang di perolehi malam tadi.Itu pun melalui Neuville. Nak harapkan Miroslave Klose..dia asyik kena jaga jer dengan defender Poland. Apa-apapun ..dengan kemenangan pagi tadi, Germany telah mengesahkan tempat terawal ke Pusingan Kedua.
Perlawanan pagi tadi merupakan perlawanan yang agak panas sikit aksinya. Tapi yang aku paling respek yelah Penjaga Gol Poland tue...Boruc Arthur..Banyak percubaan pemain Germany dia dapat control....Rasanya bagi aku Perlawanan ni belum dapat menunjukkan Germany sebagai satu kuasa bola yang kuat.

Sebagai penyokong Pasukan Germany sejak 1990 lagi, aku amat berharap agar team ni akan memperbaiki barisan pertahanan mereka... Memandangkan coach adalah bekas penyerang Germany...Jurgen Klinsmann, dan cara persembahan pasukan Germany juga lebih tertumpu dengan serangan..tapi barisan pertahanan juga perlu di perbaiki. Ini kerana, jika sebanyak mana pun gol yang diperolehi..tiada gunanya juga jika selalu bolos. Dah 2 perlawanan dah di lalui...tapi keupayaan sebenar pemain yang pakai jersey no. 7 Schwansteiger Bastian ni belum lagi menunjukkan keupayaan sebenar beliau. Dalam World Cup 2006 ni, peminat Germany lebih tertumpu kepada Pemain penyerang, Miroslave Klose. Harap tahun ni dapat Kasut Emas.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites