Wednesday, June 07, 2006

Piala Dunia dah datang...

Yahooo..... World Cup datang lagi. Syukur kepada Allah , dapat jugak aku menontonnya nanti. Tak terasa sangat 4 tahun dah berlalu yer...Aku masih ingat lagi World Cup 1990. Masa tu umur aku baru 10 tahun. Tapi disebabkan bapa aku juga kaki bola..aku pun terikut-ikut sekali perkembangan bolasepak dunia.Tahun 1990 lah tahun pertama aku mengenali Piala Dunia. Jerman merupakan pasukan yang aku paling suka pada masa tu...bapak aku plak sokong team Maradona. Sehingga ke hari ini, Pasukan Jerman merupakan pasukan pilihan hati aku. Aku tak peduli cakap orang...nak kutuk-kutuklah team Jerman..aku tak peduli. Janji aku memang suka team ni sejak 16 tahun yang lalu.
Tahun paling malang pasukan Jerman dan aku dalam menyaksikan Piala Dunia ialah tahun 1998....kalah kepada Croatia 3-0....masa tu..abis barang kat rumah kena hambat..maklum,jiwa remaja..Pasukan Croatia yang di ketuai oleh Davor Suker pada tahun tu memang kuat dan merupakan kemunculan pertama Croatia di Piala Dunia...Tapi pasukan Croatia ni memang mantap pada tahun tu..kalau tak mantap..macammana nak dapat no 3. Untuk pengetahuan semua Piala Dunia 1998 adalah milik Perancis yang di ketuai oleh Zinedine Zidane. Perancis menundukkan Brazil 3-0. Angka 3-0 ni buat aku fobia plak....
Sebelum tu ..pada tahun 1994, Piala Dunia dimiliki oleh Brazil setelah menundukkan Italy menerusi tendangan Penalti. Roberto Baggio (Italy) pemain Terbaik Eropah, gagal menyempurnakan Penalti. Keistimewaan pemain ni selain mempunyai skill individu yang baik...rambut ala ekor kuda belai juga menjadi trend anak muda pada tahun itu...dan lagi satu, menurut satu majah tu...alah..tak ingat pulak majalah apa?? ada artikel mengatakan yang Pasukan Piala DuniaItaly 1994 merupakan pasukan yang kesemua pemainnya layak untuk menjadi model Iklan..sebab hensom-hensom belaka...
Tahun 2002 , kejutan terbesar di lakukan oleh pasukan Jerman setelah layak ke Final...namun kalah kepada Brazil yang merupakan Juara pada tahun itu dengan 2-0. Jerman pada tahun itu menyekat laluan final pasukan paling meningkat di Piala Dunia dan juga tuan rumah Korea Selatan. Pada tahun 2002 masa tu..semua tak menyangka yang Jerman akan layak ke Final...media lebih tertumpu kepada pasukan seperti England, Argentina dan Perancis. Tapi yang sedihnya..selaku Juara bertahan.. Perancis telah meninggalkan Piala Dunia 2002 di pusingan pertama lagi..tanpa menjaringkan sebarang gol..Yang paling tragis sekali..mereka kalah kepada pasukan yang baru pertama kali ke pusingan Piala Dunia..Senegal....tiada lagu kejaguhan Zidane pada masa tu...
Kini Piala Dunia muncul lagi. Pasukan pilihan aku??? Siapa lagi kalau bukan pasuka Jerman. Go Ballack ..Go... Walau pun sesetengah pihak bagi tahu yang corak permainan Jerman membosankan...namun bagi aku, dalam football kita mesti bersatu dalam sebuah pasukan. Memang benar Pasukan Brazil banyak skill player dan mempunyai permainan yang cantik. Tapi pada tahun 1998, Perancis telah membuktikannya. Corak total footbal memang berkesan..Harapan aku tahun ni agar Jerman akan menjadi Juara buat kali ke empat..mematahkan dominasi Brazil...walau pun media massa kini lebih tertumpu kepada England dan Brazil, tapi bagi aku....Go Jerman Go...

2 comments:

go brazil go!!!!

go brazil go!!!!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites