Di mulakan dengan permohonan maaf secara terbuka oleh Adlin Aman Ramli atas komen beliau minggu sebelumnya. Konsert minggu ini nampak semakin hambar. Tiada aura seperti Af-Af yang lepas. Dah semakin boring pulak nak tengok, lagilah kena musim Piala Dunia ni. Minggu ke 4 ini, Zila pula muncul sebagai pelajar ke 4 Akademi Fantasia 4 yang terpakasa keluar awal menemani Nora, Karen dan Rich di bawah pentas. Undian dari peminat beliau tidak dapat membantu beliau untuk kekal di Akademi. Juri jemputan pada malam tersebut ialah Harun Salim Bachik dan Noraniza Idris.
Analisis persembahan pelajar di minggu ke 4 :
a) Diddy - Kembara
Persembahan dia biasa jer..kenapa lar si Diddy ni tak perform betul2..baju usah cakaplah..bg aku tak sesuai. Lepas tu tunjuk bunga silat yang nampak sangat Summmbang (kata Pendekar Mustar) ...apa-apa pun..suara dia yang Komersial tu menyelamatkan Diddy dari penyingkiran.
b) Velvet: Dikir Puteri
Aku suka persembahan Velvet..tapi tarian tu kalau lembut lagi lagi cantik..Suara Velvet pun best dalam menyanyikan lagu ini. Apa-apapun....malam tu aku memilih Velvet untuk de best performance....
c) Haziq: Buat Sang Puteri
Tangan tu gigil lagi tapi aku rase dia dpt control..tapi aku rasa mcm tak sesuai je dia ni nyanyi lagu pop rock..lainlah cara dia nyanyi.. Suara rentak asli still keluar jugak.....
d) Faizal: Wo
Kongkang pun kongkang la janji best..aku rasa best pulak die nyanyi hari ni..muka tu nmpak ceria je kalau senyum lebar2.. Nampak baik untuk Faizal kerana berjaya membawa lagu yang berlainan genre dengan baik tiap-tiap minggu...Harapan untuk ke final.
e) Zila: These Boots Are Made For Walking
Sebutan dia tak clear sgt la..baju aduhai awat la teruk sgt..penari2 dia seksi siot..Zila tak tunjuk attitude dlm lagu ni, malu kot...tapi goyang gerudi siap ada kuar sekali.....kalau tak tentu best..kalau amylea nyanyi lagu ni kan best. Apa-apa pun persembahan kira ok lah jugak.
f) Farhan: Tak Ingin Lagi
Penampilan Duo bersama Shazzy. Kombinasi yang baik juga ditunjukkan. Farhan tak kekok untuk duo bersama Shazzy. Suara dia mmg aku terpukau..tapi ..ntah la apa yg mmbuatkan aku rasa dia tak perform sebagus2nyer hari ni...Mungkin dia ni paling sesuai untuk genre blues kot..apa-apapun Farhan Still the best.
g) Amirul: Khatulistiwa
Makin baguslah budak ni..aku rasa dia ni cuba baiki kelemahan dia yg telah disedari dr dulu kut..nasib baik selamat mlm ni. Nampak sangat Arghh (R) dalam sebutan dia tu...Kejutan yang di beri adalah penampilan Ito Blues Gang yang mengiringi Amirol sambil bermain harmonika.
h) Lotter : Bertemasya Desa Gemalai
Persembahan lotter makin teruk..Dari minggu ke minggu, nampak seperti tiada peningkatan dari segi Vokal. Konfiden yang tinggi dari Lotter mungkin akan menyebabkan pengundi dari Sabah berpindah ke Velvet.
I) Salima: Senandung Hidup Berbudi
Suara mcm tak sesuai. Suara die mmg aku tak berkenan dr dulu..Bila menyanyi dan ingin membuat emosi...nampak terlalu keterlaluan, sambil menunjukkan riak muka seperti mahu menangis. Apa-apa pun..overall persembahan Salima OK.
0 comments:
Post a Comment