Monday, June 12, 2006

Konsert Minggu Kedua AF 4

Konsert minggu kedua Akademi Fantasia 4 semalam akan menjadi igauan yang takkan dapat dilupakan oleh anak jati dari Kelantan ini, Karen. Beliau merupakan pelajar kedua yang tersingkir dalam Akademi Fantasia 4 selepas Nora, yang terpaksa keluar awal sambil menyunsung beg Samsonite. Konsert yang diadakan pada Tengahari Ahad ini juga dikatakan penyebab utama tersingkirnya Karen di Akademi. Kemungkinan kekurangan undi pada Karen di sebabkan ramai peminatnya dari Kelantan tak dapat menonton persembahan beliau kerana pada waktu itu adalah hari bekerja bagi rakyat Kelantan. Juri pada konsert pada kali ini selain Adlin Aman Ramli ialah Francesca Peter dan Bob Lokman.

Analisis Persembahan pelajar Semalam:

1.) Lotter – Ibukota Cinta.
Penampilan Lotter pada Tengahhari HAri Ahad semalam dengan gaya ala punk. Terkejut juga tengok fesyen ala punk di Akademi Fantasia musim ke empat ni. Overall persembahan Lotter minggu ni tak sehebat minggu lepas. Hanya persembahan ala rockers menyelamatkan persembahan beliau.

2.) Karen –
Kejutan yang diberi kepada Karen minggu ni ialah kemunculan boyfriendnya , John ke pentas sambil membawa beberapa botol budu untuk dihadiahkan kepada Karen semasa di akademi nanti. (sekiranya tidak tersingkir). Suara Karen dan persembahannya amat sesuai dalam menjiwai lagu Francesca Peter ini. Namun seperti musim-musim lepas…lagu-lagu yang mempunyai lirik berpisah akan membawa badi kepada pelajar yang membawanya.

3.) Haziq – Kian
Kemunculan Mawi sebelum persembahan Haziq mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Persembahan baik Boleh nampak muka –muka terkejut para pengajar semasa Bob Lokman mengatakan Haziq pesakit Parkinson.

4.) Velvet – Langit Ke Tujuh
Tiada kejutan untuk Velvet minggu ni. Cuma memaparkan keakraban Velvet bersama Rich di dalam Akademi. Antara persembahan vocal terbaik minggu ini Velvet memang tidak dapat disangkal lagi kehebatan vocal beliau. Harap dapat masuk hingga ke Final nanti.

5.) Faizal – Semalam yang Hangat
Tiada kejutan untuk Faizal minggu ini. Suara yang serak-serak basah Faizal memang berkesan dalam membawakan lagu Wings ini.

6.) Farhan – Sayang di Sayang
Persembahan Farhan minggu ini di iringi oleh Kumpulan Keroncong Yayasan Warisan Johor. Antara vocal terbaik selain Velvet di Akademi Fantasia 4 ini. Dua konsert yang dilaluinya dan lagu yang di bawanya telah menempatkan beliau sebagai calon yang memang tidak dapat disangkal kehebatannya sebagai seorang penyanyi.

7.) Diddy –
Tiada kejutan buat Diddy minggu ini. Amat baik dalam membawa lagu English ni. Namun, sokong kritikan Adlin…Diddy terlalu membongkok. Overall…OK..

8.) Zila – Jika Kau Kekasih
Persembahan Zila minggu ni biasa saja. Tak dapat melihat kekuatan yang ada pada diri Zila. Mungkin kerana lagu yang dibawa. Overall..OK.

9.) Amirul – Fiona
Persembahan Amirul minggu ini dikejutkan dengan kehadiran Kumpulan 4U2C di tengah-tengah persembahan beliau.Nampak lebih happening. Persembahan vocal lebih baik malam ni. Mungkin kerana muzik yang memang disukainya.Ucapan tahniah buat Amirul dari Adlin.

10. Salima –
Persembahan biasa saja . Belum cukup untuk menarik. Mungkin kerana terlalu berhati-hati dalam menyebut bahasa Hindi. Francesca Peter cakap pitching ada lari sikit.

11. Rich – Dendang Remaja
Persembahan rancak tapisayang vocal Rich minggu ini sedikit tercungap. Mungkin kerana terpaksa menari dan bermain gitar (miming). Kesilapan terbesar Rich pada konsert kali ini ialah, mengaku yang dia betul-betul bermain gitar kepada Adlin. Bob Lokman menegur perbuatan Rich itu dengan bahasa kiasan “ Saya tak suka orang yang munafik.” Kesilapan ni sebenarnya tak boleh diberikan kepada Rich seorangsahaja. Ini kerana dia terpaksa mengikut arahan tenaga pengajar dalam membuat persembahan. Di harap agar pihak akademi mengambil iktibar daripada insiden ini.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites