Monday, June 05, 2006

Konsert Minggu Pertama AF 4


Nora menjadi pelajar pertama tersingkir dari Akademi Fantasia 4. Ini merupakan kejutan pertama yang dilakukan oleh Akademi Fantasia yang sebelum ini tidak pernah melakukan penyingkiran pada konsert pertama. Nora yang membawakan lagu Perwira terpaksa akur dengan undian peminat yang tidak memihak kepadanya. Merupakan pelajar pertama musim ini yang membawa pulang awal beg Samsonite, persembahan Nora pada malam konsert itu juga masih gagal untuk menonjolkan bakat beliau yang sebenar. Kemungkinan besar penyingkiran awal Nora di Akademi ini adalah disebabkan kekerapan beliau menghadap kamera semasa di dalam diari. Apa-apa pun Jeraul ucapkan ...Good Luck to you Nora...
Berikut adalah analisis Jeraul, tentang persembahan pada Konsert minggu pertama :

Rich - Ai Ai Twist

Belum dapat menunjukkan kemampuan vokalnya yang sebenar...mungkin kerana lagu tersebut bukan antara yang diminati beliau. Acting Ok ...ada ketika tak tahu nak buat apa kat atas pentas.. Keseluruhan ok.

Zila - Jangan Tinggal Daku.
Antara Vocal yang mantap pada malam itu.. tapi tak tahu apa tujuan paparan tentang kisah keluarga Zila di paparkan. Apa-apa pun Showmanship perlu ditingkatkan jika ingin terus di Akademi. Akhir sekali kejutan yang di beri adalah memaparkan yang Zed Zaidi sedang kusyuk mendengar suara si Zila....

Nora - Perwira
Seperti biasa ....tiada apa yang menarik dalam persembahan beliau..sekiranya di beri peluang ke Konsert ke dua..mungkin beliau akan matang.

Haziq - Tidurlah Permaisuri
Lagu ni memang sesuai dengan suara budak ni...tapi, apa yang menjengkelkan ialah ..ada over sikitlah budak ni...harap sikap dia ni takkan mengubah hati pengundi-pengundi beliau..Persembahan OK.

Farhan - Hujan di Tengahari.
Amazing.....mempunyai vokal yang amat baik..dapat mengekalkannya seperti di Konsert Prelude dulu...bagi Jeraul ini adalaha antara persembahan yang terbaik pada malam itu. Showmanship masih kurang.

Amirul - Dengar Ini Cerita.
Persembahan paling mengecewakan Jeraul...sebab beliau antara calon fav. Jeraul...apa-apa pun tunggu jerlah konsert yang ke seterusnya...

Salima - Apa Guna Berjanji.
Persembahan biasa-biasa saja...tapi terkejut jugaklah yang si Adlin ni boleh puji dier...Apa-apa pun persembahan ok.

Lotter - Azizah
Kalau nak tahu..malam konsert minggu pertama ini milik siapa?? sudah tentunya ia adalah milik Lotter..walaupun suara ala-ala chipmunk..tapi dari segi showmanship dan kawalan pentas..memang Jeraul respek abis.. walau pun ada kejutan dimana si Fasha Sandha keluar sebagai Azizah..walaupun tergamam still juga budak ni boleh kontrol... Kata Adlin..Ko dengar sini baik-baik..Ko balik, ambik beg dan kemas barang ko...final nanti ko datang balik...

Karen - Pesta Muda-mudi.
Overall persembahan Karen malam tu ok...nampak bertenaga..pengawalan bahasa Melayu nampak baik..Ada package entertainer kat dia...Good Luck Karen.

Diddy - Aduh Sayang.
Alah mak...bongkok sangatlah ko jang...Suara ok...perlu banyak latihan di atas pentas..namun atas sokongan FC nya..I think this boy can go to Final...Overall..OK..

Velvet - Darah Muda.
Salah seorang pelajar yang mempunyai suara yang lantang..Jika diteruskan seperti ni, Saya rasa budak ni akan pergi jauh..Sayang malam tu..nampak sangat muka berpeluh-peluh..Persembahan Velvet nampak seperti artis yang dah lama ...pro..apa-apa pun kita tunggu di konsert seterusnya.

Faizal - Ingin Tahu.
Juga antara calon fav. pengundi..persembahan belaiu malam tu memang baik..walau pun tarian nampak kaku..tapi still dapat menyakinkan para Juri malam tu dengan vokal belai yang memang padan dengan lagu ala-ala klasik. Antara pilihan calon final Jeraul.

Pengalaman malam tu memang patut diambil iktibar oleh pengundi2 pelajar kesukaan mereka..ini kerana, beberapa keputusan yang mengejutkan telah berlaku di mana calon pelajar yang di bawah boleh melonjak keatas. Jadi jangan lupa untuk mengundi awal. Undian di saat akhir akan mengundang padah ke atas pelajar kesukaan korang..

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites