Thursday, March 08, 2007

Akademi Fantasia 5

Antara info awal yang diketahui untuk musim ke 5 ni:

Tenaga Pengajar Akademi Fantasia 5
Guru Koreografi - Linda Jasmine
Guru Vokal Teknikal - Syafizawati Sharif
Guru Vokal Persembahan - Adnan Abu Hassan
Guru Persembahan Pentas - Fatimah Abu Bakar
Pengetua - Roslan Aziz
Guru Bahasa Inggeris - Khairul Najmi
Perunding Fesyen - Jasmi Rejab
Perunding Motivasi - Dr. Azahari Othman

Perbezaan Akademi Fantasia musim ke 5
*Tahun ni Akademi Fantasia akan menampilkan 16 orang pelajar.
*Imbasan Akademi Fantasia tidak akan lagu keudara
*Diari Akademi Fantasia akan disiarkan dari hari Ahad hingga Jumaat pada 9 malam dan konsert tetap setiap Sabtu malam.
*Debat Akademi Fantasia akan diperkenalkan dimana ia berbentuk wacana, diskusi and akan memberi tumpuan pada topik hangat yang berkaitan.
*Undi pukal atau undi serentak akan diperkenalkan. Melalui AFUNDI SAKAN, pengundi dibenarkanmengundi 3 hingga 5 undian sekali bagi setiap SMS yang dikirmkan. Ini untuk memudahkan pengundian.
*AFMASUK tidak akan ada tahun ini, dan maklumat boleh diperolehi melalui butang merah Astro ketika menonton.
*Dengan menggunakan Maxis 3G mulai 12 Mac, siaran langsung AF@15 sehingga 21 jam boleh ditonton selain siaran langsung konsert Akademi Fantasia. Servis sama boleh didapati melalui Aksi AF, laman web Astro, Trek Selebriti, @15, ERA dan butang merah.

1 comments:

saya rasa sepatutnya JASMI REJAB dan DR.AZAHARI tak patut mengubah rambut aswad....... semua org tidak suka dgn gaya rambut aswad..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites