Thursday, March 08, 2007

Gaji Gomen naik? betul ker...

News yang baik -- gembiranya rasa hati -- walaupun kenaikan bukan beratus ratus tapi kalau up to 40% kira a good increase though --hopefully dengan kenaikan ni -- kakitangan awam ni -- bekerja la dengan baik lagi -- improve kan juga customer services yang mostly hampeh tu --- kalau nak increase salary --- kena la juga improvekan services pada public
Ak ringkaskan artikel Berita Harian di bawah ni.

Gaji kakitangan awam dijangka naik
KUALA LUMPUR 6 Mac – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini berhubung kenaikan gaji memberi petanda positif kepada lebih sejuta kakitangan sektor awam.Menurut Presiden Cuepacs, Omar Osman, Perdana Menteri menyifatkan cadangan menaikkan gaji itu amat wajar memandangkan kali terakhir gaji kakitangan awam disemak 15 tahun lalu pada 1992. Omar yakin kenaikan itu dapat dilaksanakan tahun ini berdasarkan maklum balas Perdana Menteri kepada Cuepacs dalam pertemuan kira-kira sejam di bangunan Parlimen, hari ini.
Kenaikan gaji 40 peratus yang dicadangkan adalah untuk kumpulan sokongan II, Gred 1 hingga 16 yang merupakan jawatan terendah dalam sektor awam manakala bagi kumpulan sokongan I, Gred 17 hingga 26 dan Gred 27 hingga 40 pula kadar kenaikan dicadangkan sebanyak 30 peratus. Bagi kumpulan pengurusan dan profesional, Gred 41 hingga 54, Cuepacs mencadangkan kenaikan gaji 20 peratus manakala bagi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) sebanyak 10 peratus.

Harap-harap lah naik ......puhhh kiri, puhhh, kanann

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites