Tuesday, March 20, 2007

Review Konsert Pertama AF5

Ok.. ni aku nyer komen. Pandangan dari Pemerhati AF sejak AF 2,3,4 dan 5 . Kejutan yang aku nampak pada malam tu ialah kehadiran Fatin untuk menyanyikan Lagu Angkat Kaki dan kenyataan Zana menarik diri dari Akademi Fantasia.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aizat- " Pengiran Cinta"
Angah di mana... Semputttt.... . Kalau lagu slow okay kot dia nyanyi. Over bila dia menari untuk lagu Pangeran cinta tu. Tak masuk langsung dengan lagu aksi dia.

Afiq- "Janjiku"
Not badlah budak ni nyanyi. Baju ngan persembahan pun ok. Tapi part nyanyi belum cukup lagi. Suka dengar suara serak2 basah tu. Kalau bagi lagu Salemm untuk konsert seterusnya tentu best..

Mila- "Bersama"
Nyanyian ok..tapi, low notes hancuss.. Tu jerlah.... Biasa2 jer.

Dafi- "Uptown Girl"
Lagu ni memang sesuai ngan suara dia. Tapi control sangat dalam buat pergerakan menari tu.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Diya- "Aku Masih Setia"
Control ayu plak budak ni. Suara dah biasa kat mesia ni. Tak best. Diya Terkeluar di konsert pertama ni.

Farha- "Balada Pemuzik Jalanan"
Teruk... langsung tak rock. Aku tunggu2 dia perform, sebab aku ingat rock. Tapi rocknya takder. Mungkin suara dia tak sesuai atau arrangement muzik yang hancuss..

Ebi- "Milik Siapakah Gadis Ini?"
Salah masuk. Lembik....hehhehehe. Cakap ahli sukan. Suara oklah untuk lagu slow...

Dekna- "Tanpamu"
Sayang, lagu ni best..tapi bila dia nyanyi terus tak best. Semput gak dia ni. Nasib ada si Puff daddy tu.

Syawal- "Harapan"
Awal dia ngan Aznil cober line cakap tekak bernanah ..tapi memang tak best pun dia bawa lagu ni. Low note ok, tapi flat.

Candy- "Ka Ching"
Pronunciation mmg out, tp dia ada improvementlah. Persembahan ok tak memboringkan.

Rizal- "Menanti Sebuah Jawapan"
Persembahan selamba, tapi mengasyikkan. Nampak terlalu stress tang muka bila bawa lagu ni. Apa-apa pun memang ok. Setuju ngan OGY.

Noni- "Tak Ada Logika"
Gedik. Tapi memang sesuailah ngan lagu ni gaya dia. Yang tak best nya, musik tu dah direndahkan note dia. Tak dapat dengar kekuatan vocal si Noni ni.

Heliza- "Kau Pergi Jua"
Tak der identiti langsung suara dia. Banyak tiru CT. Tak tau plak kenapa orang dok tepuk kuat2 kat stadium tu. Banyak gak part2 yang salah bila dia nyanyi. Tapi hig note dia ok.

Aswad- "Kerana"
Tak nak komen. Tunggu konsert lain. Cam tak best jer .

Fatin -"Angkat Kaki"
Kalau lagu dangdut, memang makanan dia lah. Terlalu banyak vibrato.

Persembahan Menuju Puncak-
Biasalah, persembahan pertama. Nampak hancur, tapi boleh dimaafkan.

Juri-
Fauziah Latif
Oklah, macam dia kat MI, control plak bila dia komen..

Hattan
Memang best bila dia komen. Apa yang aku nak komen, semua dia sampaikan

Fauziah Ahmad Daud
Komen dia ok. tapi terlalu over cam beudak tu dah lama jadi artis.

Pendapat Keseluruhan Konsert
Aku mintak Sham balik ke AF. Muzik out ....

Pengacara- Aznil
Dah tak best dah Aznil ni. Kasi orang lain jer lah...

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites