Wednesday, May 02, 2007

Aizat mungkin KEMBALI..

Spekulasi terbaru... Astro dan Aznil jilat ludah sendiri lagi ke ?
Aznil dah kata masa konsert minggu pertama, TAKKAN ada AFMASUK kan ? Kenapa pulak Aizat keluar nak buat AFMASUK ? Kepada para peminat AF, anda berhak menentukan siapa yang layak masuk (jika ada AFMASUK) dengan mengundi masa Debat AF nanti.

Ni pendapat aku lah, tiada kena mengena nak menjatuhkan or memburukkan sesiapa. Kalau ada yang terasa, mohon ampun maaf. Contoh, seperti AFMASUK tahun lepas, senang-senang jer Lotter dapat masuk, menewaskan Rich yang ternyata lebih popular. (rasa aku, lagu final dah siap, memang khas untuk Lotter) so, kesian lah ngan Rich. Begitu jugak ngan kes Aizat ni... jangan heran kalau dia dapat masuk, dan pencipta lagu finalnya sendiri kemungkinan adalah Hattan sendiri (firasat aku jer...sila ignore). Lagu final yang sesuai untuk Aizat mungkin juga sudah disediakan. Kalau korang pikir betul-betul, ingat senang ker nak buat lagu secepat mungkin, dengan kita tak tahu siapa yang masuk final. So, pikir-pikirkanlah. Sekali lagi aku mintak maaf..jika ada yang terasa.

PETIKAN KOSMO
1 Mei 2007

Aizat mungkin kembali

KUALA LUMPUR - Selepas Linda Nanuwil, Mawi dan Lotter yang tersingkir awal dalam program realiti Akademi Fantasia (AF) dan diserap masuk semula melalui sistem undian AF Masuk, tuah yang sama mungkin bakal dilalui oleh bekas peserta AF5, Muhammad Aizat Amdan, 18.

Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul berkata, kemungkinan formula sama akan digunapakai memandangkan Aizat merupakan antara peserta berbakat yang menjadi pilihan dan antara calon pilihan ke peringkat akhir.

"Kekecewaan para penonton khususnya di dewan jelas ketara apabila hampir semua berdiri memberi standing ovation kepada Aizat,"ujarnya.

Bagaimanapun, menurut Khairul Mizan, idea itu akan dibincangkan bersama tenaga produksi AF dan beliau mengakui di kalangan pengkritik AF5 sendiri, telah memberi buah fikiran yang sama sejurus Konsert AF pada Sabtu lalu berakhir.

" Penyingkiran Aizat memang tak diduga dan saya dapat tahu Hattan (salah seorang pengkritik AF5) sendiri sangat berkecil hati pasal hal itu," katanya kepada KOSMO! semalam.

Kontroversi pelajar yang ketujuh yang tersingki akibat memperoleh undian terandah pada konsert lalu juga telah membuatkan pihak Astro menimbangkan untuk mengadakan diskusi AF Masuk Aizat dalam program Debat AF.

"Kita serahkan seratus peratus pada peminat untuk memilih sama ada perlukah Aizat diserap semula menerusi AF Masuk,"katanya.

Sementara itu Aizat yang dihubungi tidak menafikan berasa kecewa dengan keputusan undi itu.

"Mungkin ada pengundi mengundi berdasarkan rupa, ada yang undi sebab bakat dan ada yang tidak tahu apa-apa kenapa mereka mengundi." jelasnya tenang.

Semalam, KOSMO! melaporkan komen pengkritik tetap AF5 yang kecewa dengan penyingkiran peserta berbakat besar, Aizat dan mencadangkan kaedah pengundian melalui SMS dikaji semula bagi mengelak peserta berbakat tersingkir gara-gara peminat 'buta seni'.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites