Wednesday, May 30, 2007

Kursus...oh Kursus..

Aku baru jer lepas balik kursus dari Santubong Resort tempoh hari. Kursus tu bermula pada 24-28 Mei lepas. Kursus apa yang aku attend tu biarlah rahsia, chewah , macam Tok Ti la pulak. Penat ngan sakit kat badan aku ni bukan main lagi... Sat gi mau pegi massage lah.
Walaupun strict, kursus tu memang best bagi aku . Dah lah buat kat resort, makanan pulak sedap-sedap, memang berbaloi aku pegi kursus tu.
Aku taknak cakap banyaklah pasal kursus ni, tapi aku memang kena brainwash abis-abis. Walaupun camtue, kalau ada kursus lanjutan lagi, aku memang sukarela nak pegi. Best giler. Penat 4-5 hari jer, tapi hasilnya ...Tuhan saja yang tahu. Part paling seronok, ialah masa bersukanlah... Dahlah aku lama tak berlari pecut, disuruhnya aku lari 2 km dalam masa tertentu (rahsia), mau tak semput aku dibuatnya. Tapi dapatlah jugak mencapai piawaian.
Satu lagi yang best part kursus ni, aku dapat kenal banyak orang. Roomate aku orang Perlis yang lelain tu dari Bintulu, Miri, dan beberapa kawasan di Sarawak ni. Macam-macam karenahlah yang dapat aku jumpa kat situ. Tapi memang best. Rugilah kalau ada orang yang dioffer pegi, menolak. Cam member aku yang sorang tu. Lama-lama kena jugak ko pegi...hehehe.
Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Memang betul pun, kalau dulu banyak member takut-takutkan aku ngan ceta mengarut pasal kursus ni, tapi setelah mengalaminya sendiri, baru aku tahu apa sebenarnya. Bila dah duduk kat umah ni, rindulah pulak ngan suasana bila sedang berkursus tu....heheheh. Syukur pada Allah kerana, dapat jugak aku melaluinya dengan baik.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites