Sunday, May 13, 2007

Review Konsert Ke 9 AF5

Sebenarnya, aku tak terkejut pun dengan penyingkiran Shawal di Konsert terakhir sebelum final ni. Dah 3 minggu Shawal asyik berada di kedudukan kedua last di akhir konsert.
Lagi pula, dengan persembahan yang biasa-biasa saja malam tadi, akhirnya menambah lagi masalah pada undian Shawal. Tahniah di ucapkan kepada Aswad, Heliza, Ebi, Mila dan Candy kerana berjaya ke Konsert Final. Tahniah juga di ucapkan kepada para pengundi mereka yang berjaya memberi ruang kepada mereka di konsert final. Harap lagu dan persembahan di konsert final nanti menghiburkan dan bakal menjadi kenangan yang indah untuk Akademi Fantasia , seperti mana di tonjolkan oleh Ebi dan Mila malam tadi melalui lagu My Heart.Ok.. Berikut adalah review Konsert ke 9 :

Lagu-lagu Individu:

Aswad ~ Mungkin Langitmu Lebih Biru
Lagu yang Aswad bawa minggu ni kira ok lah jugak. Cuma kalau kami sebagai penonton konsert, tak berapa interesting sangat ngan persembahan dia. Just berdiri, pegang mic dan nyanyi... itu jer. Boringlah kalau dah jadi artis nanti. Showmanship tu penting . Baru peminat terhibur. Apa-apa pun, vokal dia memang power, tak setanding gaya persembahan dia. Kalau pandai combine, tak mustahil bakal artis yang akan menyinar.

Candy ~ Cahaya Cinta
Sian Candy.. Susah nak bawa lagu tu. Candy pun ada kureng sikit malam konsert ni. Sah-sah Tok Ti ngaku , kalau dia nyanyi lagu tu mesti sakit tekak. Apa-apa pun, Candy dah masuk final. Pakaian Candy malam tu tak cantik langsung. Nampak hodohlah pulak budak tu dek pakaian dia.

Ebi ~ Bukan Diriku
Best... Memang best performance dia. Adalah sikit terkucil, tapi dapat control. Dapat gak masuk final. Part paling best persembahan dia, bila dia tarik suara part chorus. Memang menarik.

Heliza ~ Ya Atau Tidak
Heliza memang banyak improve. Tarian memang best. Nyanyi pun ok, cuma pada lownote ada kureng. Nampaknya dia berjayalah juga bawak lagu tugasan dia ngan baik.

Mila ~ Pudar
Kira Ok lah Mila malam tu. Tapi kalau nak kata Mila the Best, tak jugak. Aku rasa Ebi dan Heliza lagi best malam tu. Lagi satu bagi aku, Rossa nyanyi lagi best dari Mila.

Shawal ~ Copacobana
Shawal konsentrate menyanyi sampai lupa ngan penari tu kot....heheheh Kesian kat penari pompuan tu. Sorang-sorang jer.. Cam member-member lain gak, Enlish masih kureng. Pilihan tepat jika ada penyingkiran, Shawal terkeluar malam tu. Dalam semua persembahan, Shawal memang kureng malam tu.

Lagu-lagu Duet:

Candy + Shawal ~ Menari Denganku
Bolehlah tahan. Candy nampak lebih menyerlah untuk vocal... tapi untuk part persembahan Shawal memang best.

Heliza + Aswad ~ Joget Cinta Sakti
Memula persembahan , memang best giler... tapi bila part tengah dah berterabur sikit, dek Aswad. Tapi kalau dari segi vokal, dua-dua ada chemistry.

Mila + Ebi ~ My Heart
Dapat standing ovation dari para penonton. Cam menonton teater plak persembahan dorang ni. MEmang best. Ada chemistry dan persembahan mereka memang original. Dan aku suka....

Lagu-lagu Bonus:

Let's Dance Together
Tak berapa best. Macam gopoh jer dorang ni. Step menari tu cam orang gelojoh. Tak best.

Falsafah Cinta
Part dorang nyanyi lagu ni, aku kuar sekejap. Tak taul nak komen.

Lagu Menuju Puncak
Semakin best... Dari minggu ke minggu...

Keseluruhan Konsert
AKu bagi 4/5 bintang untuk konsert ni. Memang best dan menghiburkan.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites