Sunday, May 06, 2007

Spidey is Back...

Cuti Labour day ngan Wesak day aku tak de pi mana-mana. Just sitting in my room n watching tv. Ada gak rasa nak pegi piknik or mancing, tapi terpaksa batalkan sebab baru 3 hari lepas aku gi mancing kat Rambungan. Nak tengok wayang Spideylah....
1 Mei 2007, Spiderman 3 di siarkan di Pawagam kat Malaysia. Sejak awal lagi dah banyak peminat Spidey yang booking tiket untuk menonton filem terbaru Spiderman ni. Aku cam biasalah, tunggu filem ni lepas 2-3 hari baru pi tengok... cam citer yang lain pun aku buat camtue gak. Tapi filem Spidey ni lain plak. Perasaan nak menonton secepat mungkin tu membuak-buak, walau pun tahu kemungkinan nak dapat tiket tu susah. Di tambah lagi adik aku yang bongsu tu dah tengok. Tapi sian gak kat dia, dapat tiket paling depan sekali, sampai sakit tengkuk dok melangut keatas tengok screen.

Aku pun cuba-cubalah nak try tengok ada tak tiket kosong pada 2 Mei. Aku pegi ngan mem. Kami berdua bertolak dari rumah dalam pukul 7 pm dan destinasi pertama sebelum ke Cineplex ialah kedai makan. Kami singgah kat Fishball King Expert di MJC. Dah lama tak makan fishball yang pelbagai jenis ni. Rindulah pulak.... Ok, Jam 7.45, kami bertolak ke Cineplex Parkson. Terkejut gak memula sampai kat situ, kosong jer... cam takder orang. Aku tengok iklan, tertulis Spiderman start main kol 9 malam. Heran... kalau dulu bila ada cerita gempak jer, Cineplex mesti penuh untuk 2-3 hari. Tapi yang ni lain plak jadinya.
Masa beli tiket tu baru aku tau, yang filem Spidey ni disiarkan di semua Hall pada waktu yang sama, bagi menampung jumlah penonton yang terlalu ramai. Kesian dengan filem local kita cam Jangan Pandang Belakang dan Zombie Kpg Pisang yang tak dapat disiarkan kerana takder sambutan.
Filem Spiderman 3 yang terbaru ni boleh tahan gak. Aku puas hati ngan cerita ni. Pelbagai aksi yang ditonjolkan, disamping musuh-musuh Spiderman yang 3 orang tu. Kalau dulu hanya seorang (Goblin, Dr. Ock) kini Spiderman terpaksa bertemu dengan 3 musuh, Goblin Junior (member Peter), Sandman dan Black Spidey (alien).
Aku bagi 5 bintang dari 5 bintang. Aku puas hati.

1 comments:

Betul betul... memang best! Ku rasa ia paling best antara 3 Spiderman!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites