Sunday, May 06, 2007

Review Konsert Kelapan AF5

Minggu ni nampak kesungguhan daripada kesemua pelajar dalam membentangkan tugasan mereka. Antara minggu terbaik AF5, dimana kesemua pelajar menampilkan persembahan yang sungguh menarik dan tidak membosankan. Minggu ini menyaksikan seorang lagi pelajar lelaki yang menyusung beg keluar. Pelajar yang mendapat undian terendah di konsert tersebut ialah Dafi. Nasib tidak menyebelahi Dafi di minggu ke 8 ini. Walaupun menampilkan persembahan yang menarik, namun undian tidak memihak kepadanya. Takper lah dik oii.. Kat luar nanti gerenti banyak iklan dapat. Pengkritik jemputan minggu ini ialah Loloq.
Ok… Review untuk konsert ke 8 ini.

Dafi
Budak ni macam Amirul no 2. Tarian memang gempak, Cuma dari segi vocal , dia belum mencapai tahap yang membanggakan. Dari segi tarian dan persembahan, dia memang best.

Ebi.
Minggu ni bangga sikit dengan Ebi. Setelah 2 minggu yang sudah amat mengecewakan, minggu ini Ebi menampilkan persembahan yang amat baik. Vokal Ebi menyerlah bila menyanyikan lagu Alleycats ni. Walaupun persembahan bersahaja, namun ianya sudah cukup untuk penonton cam aku terhibur.

Mila.
Dari segi vocal, Mila memang power. Bagi jer lagu apa kat dia… memang boom. Tapi dari segi persembahan dia pulak, aku tak berapa terhibur. Tak taulah, mungkin sebab lagu tu kot. Apa pun Mila tetap dapat 4 lampu biru dari para pengkritik.

Shawal.
Menampilkan Prof Razak Mohaiden di awal sebelum persembahan Shawal menampakkan kegugupan pada Shawal. Di awal persembahan agak gugup, dan bila masuk part tengah, Shawal mula mengawal dan melakukan persembahan yang baik. Lagu ni memang sesuai ngan vocal dak Shawal ni.

Candy.
Sekali lagi Candy tidak mengecewakan. Dapat 4 lampu biru dari pengkritik. Memang best suara dia. Suara dia memang dahsyat. Dia pandai membuat ekspresi muka yang betul untuk lagu ni. Tak hairanlah dia dapat stay kat Akademi, walau setiap kali undian mula, dia berada di belakang. Persembahannya setiap minggu menyelamatkan dia.

Heliza.
U rocks girls…. Dah tak control cantik lagi. Setuju ngan OGY. Persembahan memang best, Cuma kena satukan vocal yang power untuk lagu ni. Namun kira ok lah jugak vocal Heliza malam tu. Serak-serak basah gitu. Tapi rasa janggal sikitlah bila persembahan dia camtu dalam keadaan bertudung. Apa-apa pun , dah namanya hiburan, pandai-pandai sendirilah jaga diri.

Aswad.
Aku suka sekali ngan persembahan Aswad ni. Dia tak perlu untuk membuat showmanship yang pelbagai. Cukup dengan ekspresi muka dan vocal yang power, Aswad berjaya mendapat 4 lampu biu dari pengkritik. Ya… memang best vocal dia. Antara semua pelajar lelaki, vokal Aswad lah yang paling bagus.

Di akhir konsert... seperti yang telah diwar-war kan sebelumnya oleh media, tentang pengunduran Aznil dalam AF menjadi kenyataan. Ini di mana Aznil sendiri menyatakan bahawa dia akan mengundurkan diri dari mengacara AF yang seterusnya selepas AF5 tamat. So.. siapa yang layak menggantikan Aznil untuk mengacara Akademi Fantasia ini?

1 comments:

kamek frust gila daffi kelua ehhhhhhh

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites