Utusan Msia - 7 Nov 2007
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Penyanyi popular, Anuar Zain disaman oleh syarikat rakaman, Syncrosound Records Label Music Sdn. Bhd. (Syncrosound) kerana didakwa memungkiri kontrak apabila menamatkan kontrak tersebut tanpa merakamkan tiga buah album lagi dengan syarikat itu.
Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Annuar Zain, 37, yang dinamakan sebagai defendan bagaimanapun telah mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman itu pada 6 Ogos lalu.
Permohonan itu disebut di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Siti Aishah Ab. Rashid semalam.
Beliau menetapkan 26 November ini untuk mendengar permohonan Anuar.
0 comments:
Post a Comment