KUALA LUMPUR: Segelintir remaja di Malaysia dikesan menggunakan ubat penyembur otot, yang biasanya digunakan atlit ketika mengalami kekejangan, untuk berkhayal dan melepaskan gian.
Ubat penyembur otot atau digelar 'gas ketawa' di kalangan remaja itu membuatkan penghidunya ketawa tanpa henti beberapa minit sebelum fikiran menjadi kosong dan khayal.
Malah, dalam beberapa kejadian, ada remaja yang khayal selepas menghidu bahan terbabit berubah perangai dan menangis teresak-esak apabila terlebih dos.
Difahamkan, ubat penyembur otot mudah didapati di kedai ubat dan farmasi dengan harga hanya RM17 ($7.30) untuk sebotol kandungan 100 mililiter.
Ubat penyembur otot yang dikenali sebagai 'Ethylchlorid Spray' itu kebanyakannya dihidu pelajar institusi pengajian tinggi, kononnya untuk menghilangkan tekanan ketika belajar.
Golongan berkenaan menyembur terlebih dulu cecair dalam botol pada sehelai kain atau tuala kecil sebelum menghidu bau yang dikatakan boleh mengkhayalkan.
Menurut seorang remaja yang juga penagih ubat kejang otot, dia serta beberapa rakan kolejnya sering menghidu ubat terbabit jika menghadapi tekanan, lebih-lebih lagi ketika menjelang peperiksaan.
'Ubat ini mudah didapati. Kami hanya membelinya di pasar raya atau farmasi dan tiada siapa mengesyaki ia boleh menyebabkan ketagihan dan membuatkan kami khayal.
'Selalunya, kami akan menghidu ubat berkenaan bersama rakan yang juga 'kaki lentok',' katanya.
Jeraul said : Satu tamparan hebat kepada pelawak2 Malaysia esp Apek, Yasin, Senario etc.... jenaka mereka tidak dpt buat anak muda kita ketawa hingga perlukan bantuan gas.
0 comments:
Post a Comment