Kredit to Cari.Com.my.
Warga emas maut kereta terbakar
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
GEORGETOWN: Seorang peniaga mati akibat melecur di seluruh badan apabila terperangkap dalam keretanya yang terbakar di Jalan Persiaran Mayang Pasir, Bukit Gedong di sini, semalam.
Tan Ah Chai, 60, yang melecur hampir 60 peratus, meninggal dunia di tempat kejadian, walaupun dia berjaya dikeluarkan dari keretanya yang sedang terbakar kira-kira jam 11.40 pagi.
Kejadian berkenaan berlaku ketika warga emas yang mempunyai lima anak dalam perjalanan seorang diri ke Astaka Bayan Baru untuk makan tengah hari dengan memandu kereta Proton Iswara Aeroback miliknya.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain, berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya mangsa membunuh diri dengan membakar dirinya.
Ini berdasarkan kepada bau minyak petrol di bahagian dalam kereta, malah enjin kenderaan itu tidak terbakar.
"Kami mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut, tetapi siasatan lanjut masih dijalankan," katanya di sini, semalam
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.
Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Ismail Md Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.55 pagi dan tiba di tempat kejadian dua minit kemudian.
Sepasukan tujuh anggota bomba yang tiba di tempat kejadian, mendapati mangsa berada dalam keretanya yang sedang marak terbakar.
"Dia yang melecur teruk, dipercayai terperangkap dalam kereta yang sedang marak terbakar. Kami berjaya mengeluarkan mangsa, tetapi dia sudah meninggal dunia," katanya.
Adik mangsa, Tan Hai Seng, 42, berkata dia terkejut selepas menerima panggilan daripada seorang rakan yang memberitahu abangnya terbakar bersama kereta.
Dia terus bergegas ke tempat kejadian dan mendapati abangnya sudah meninggal dunia.
Sadisnya..... pengajaran, memang pernah terjadi bila dalam keadaan panik seseorang itu akan gagal berfikir cara-cara untuk menyelamatkan diri, terutamanya seperti kes-kes kebakaran dan lemas. So, berhati-hatilah anda semasa menaiki kenderaan. Ajal maut di tangan Allah SWT.
0 comments:
Post a Comment