Sunday, November 25, 2007

Jangan pergi New Zealand Jika anda terlalu gemuk!!

WELLINGTON: Hasrat sepasang suami isteri memulakan hidup baru di New Zealand tidak kesampaian apabila si isteri disekat menyertai suami memasuki negara itu atas alasan dia terlalu gemuk.

Akhbar The Telegraph melaporkan, Richie Trezise, 35, dari Wales, berusaha menguruskan badan untuk mendapat kebenaran memasuki New Zealand selepas ditolak kerana berat badan berlebihan dan berpotensi membebankan sistem penjagaan kesihatan negara itu.

Isterinya, Rowan, kini menjalani diet untuk memulakan hidup baru dengan suami di New Zealand.

Trezise berpindah ke New Zealand September lalu selepas berjaya mengurangkan ukuran pinggangnya berikutan diet ketat.

Dia kini mengkaji idea berhijrah jika Rowan tidak dibenarkan masuk ke New Zealand menjelang Krismas. - Agensi

******************

Jeraul said : Malangnya jika menjadi gemuk...dahlah kena kutuk selalu, nak pegi new zealand pon tak boleh.....heheheheh

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites