Tuesday, January 06, 2009

Mahalnya Kasut yang dilempar kepada Bush,

Artikel pertyama untuk tahun 2009 ni hehehehe,...

Dilaporkan Kasut yang dilemparkan kepada Bush oleh wartawan Iraq, Muntazer mencecah harga US$ 100,000.

Dalam perkembangan berkaitan beberapa siri tunjuk perasaan telah diadakan oleh rakyat Iraq yang menganggap dia sebagai wira dengan dua lemparan kasut yang hampir kena kepala Bush. Mereka menuntut pihak berkuasa Iraq melepaskan Muntazer, sambil melaungkan anti Amerika dan memuji Muntazer sebagai wira serta membakar bendera Amerika . Beberapa orang mengangkat kasut senagai lambang "penghinaan" terbaru kepada Bush.

Untung Muntazer tidak lemparkan kasut yang dimasukan bom, tentunya sudah tamatlah riwayat Bush yang dibenci oleh umat Islam diseluruh dunia.Tua atau muda,malah anak-anak kecil , kaya atau miskin semuanya membenci Bush.

Kerana itu saya yakin masyarakat dunia menganggapnya sebagai wira dengan keberanian dan bentuk penghinaan yang diberikan kepada "sipembunuh" itu.

Sekarang semuanya memikirkan nasib yang akan menimpanya, namun semua mendoakan dia dibebaskan.

Mengenai pembebasan Muntazer Rumah Putih berkata, terpulang kepada pemimpin Iraq untuk menghukum wartawan tv negara itu yang melempar kasut ke arah Presiden George W Bush pada lawatannya ke Baghdad, kelmarin.

"Presiden percaya Iraq sebagai negara berdaulat dan demokrasi mereka mempunyai undang-undang untuk diikuti," kata jurucakapnya, Dana Perino.

Muntazer al-Zeidi, 29, dianggap 'hero' oleh dunia Arab selepas insiden melemparkan kasutnya ke arah Bush ketika mengadakan sidang akhbar sempena lawatan perpisahannya ke Iraq, Ahad lalu.

Al-Zeidi yang melompat dengan berteriak 'anjing' kepada Bush sebelum melamparkan kasut kepada pemimpin Amerika itu.

Kerajaan Iraq dalam reaksinya menyifatkan al-Zeidi sebagai 'amat memalukan' dan meminta majikannya yang berpangkalan di Mesir agar memohon maaf.

Abang Zeidi, Durgham berkata, Zeidi dibawa ke hospital Baghdad dengan tangan, mata dan kakinya patah serta luka akibat dipukul anggota pengawal keselamatan Bush.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites