Monday, January 19, 2009

Review dan Keputusan Penuh Final Anugerah Juara Lagu ke 23, TV3

Anugerah Juara Lagu ke 23 untuk 2008 semalam sudah berakhir. Satu lagi kemenangan buat band indie di Malaysia apabila Kumpulan Meet Uncle Hussien dengan lagunya Lagu Untukmu dinobatkan sebagai Juara Lagu 2008. Tahun sebelumnya Juara lagu dimenangi oleh band indie iaitu Estranged melalui lagu Itu Kamu. Memang surprise bila apa yang diwar-warkan sebelumnya oleh pihak wartawan bahawa Sampai Syurga dari Faizal Tahir bakal Juara untuk tahun ini. Namun Faizal Tahir tidak pulang hampa bila berjaya menggondol hadiah persembahan terbaik, Vokal Terbaik dan Juara Kategori Balada menerusi lagu Sampai Syurga.
Bagi Etnik kreatif pula, sangkaan Jeraul meleset bila Doa dalam lagu tewas kepada Persoalan Cinta dari Farawahida.
Review Anugerah Juara Lagu ke 23 untuk tahun 2008, bertemakan Iluminasi Muzik ini dihoskan oleh Ally Iskandar, Faizal Ismail dan Cheryl Samad. Bertempat di Stadium Bukit Jalil, venue yang tepat untuk penonton yang ramai bagi sesebuah konsert atau pertandingan hiburan seperti ini.

Review Persembahan Menurut turutan :

1. ) Sofaz - Bukan Disini (Pop Rock)
- Persembahan kumpulan ini agak baik dengan menukar sedikit alunan muzik. Vokal pun ok cam original version mp3. Tapi lagu ini bagi saya tidak cukup kuat untuk bersaing dengan lain-lain lagu pada kategori yang sama, apalagi menjuarai Anugerah Juara Lagu. Saya bagi 6/10.

2.) Aizat - Lagu Kita (Balada)
- Persembahan vokal dari Aizat memang mantap. Kekuatan lagu ini juga terletak pada liriknya yang unik. Pencapaian yang bagus untuk penampilan pertama dalam Anugerah Juara Lagu. Lagipula lagu ini semua dihasilkan oleh Aizat sendiri. Persembahan bersahaja. Saya bagi 7/10.

3.) Aiman - Dusta Berkalang
- Persembahan menarik. Cam dalam citrawarna plak penuh warna warni. Vokal agak sedikit gementar. Saya bagi 6/10. Sebab tak berapa menarik perhatian.

4.) Faizal Tahir - Cuba (Balada)
- Memulakan lagu pertamanya dalam kategori balada. Vokal Faizal Tahir memang tidak dapat disangkal lagi. Persembahan bersahaja seperti juga Aizat dengan membawa gitar. Saya bagi 8/10 untuk persembahan ini.

5.) Estranged - Yang Pernah ( Pop Rock)
- Bekas juara tahun lepas ini menampilkan persembahan yang cukup mantap bagi mempertahankan kejuaraan. Dengan persembahan ala-ala Video klip memang agak menarik. Seperti persembahan wayang kulit kata Faizal Ismail bila mana ahli-ahli kumpulan Estranged membuat persembahan disebalik tirai yang dipancarkan cahaya. Vokal Rich amat mengecewakan saya. Saya bagi 8/10 sebab performance mantap.

6.) Ayu - Hanya Di Mercu (Balada)
- Ayu mempunyai suara yang cukup unik. Persembahan beliau juga cukup mantap malam tadi.. cuma bila dia bersaing dalam kumpulan maut seperti ini, memang sudah dijangka keputusan memang sukar untuk diambil. Saya bagi 7/10 sebab rambut macam Oprah Winfrey.

7.) Heliza dan Zahid - Doa Dalam Lagu (Etnik Kreatif)
- Antara lagu yang saya jangka dapat menggondol Juara Etnik Kreatif. Tapi sayang kalah kepada Farawahida. Zahid tidak mengecewakan dalam menggantikan Mawi untuk lagu ini. Ditambah lagi dengan vokal Heliza yang kian mantap. Menghiburkan. Saya bagi 7/10.

8.) Faizal Tahir - Sampai Syurga (Balada)
- The great performance of the year. Cukup cantik dan menghiburkan. Memang patut dinobatkan sebagai Persembahan terbaik. Bila menonton persembahan lagu ini, anda akan seperti melihat sebuah Video klip menarik tengah dihasilkan. Vocal mantap. Saya bagi 9/10.

9.) Spider - Bila Nak Saksi (Balada)
- One of my favourite artist. Dah jangka susah nak menang. Kekuatan lagu ini terletak pada bait lirik lagunya. Dengan persembahan bersahaja, Spider cukup menghiburkan. Saya bagi 7/10.

10.) Stacy - Aku Stacy (Pop Rock)
- Penampilan pertama dalam Anugerah Juara Lagu sudah cukup bermakna buat Stacy. Salah satu calon untuk menang persembahan terbaik malam tadi. Performance rancak dan kareografer menarik menambahkan lagi perisa kepada persembahan beliau. Memang susah untuk menyanyi sambil menari rancak, tapi Stacy mampu melakukannya. Saya bagi 8/10.

11.) Ziana Zain - Dingin (Balada)
- Siapa dapat menyangkal kekuatan vokal Ziana Zain???... Walaupun dah lama tak bermain dengan media massa, namun persembahan belaiu malam tadi cukup untuk memartabatkan lagi beliau dalam persada hiburan tanah air. Saya bagi 7/10.

12.) Meet Uncle Hussein - Lagu Untukmu (Pop Rock)
- Juara lagu keseluruhan. Persembahan cukup mantap dari kumpulan indie ini memang dijangka memberi saingan kepada persembahan Faizal Tahir. Kekuatan pada bait-bait lirik lagu serta persembahan vokal yang cukup unik berjaya mengangkat kumpulan ini menjadi Juara Keseluruhan Anugerah Juara Lagu. Showmanship dari anggota band juga menambahkan lagi perisa persembahan all out mereka. Saya bagi 9/10 untuk persembahan mereka.

13.) Farawahida - Persoalan Cinta (Etnik Kreatif)
- Satu lagi persembahan citrawarna. Banyak sangat warna-warni dalam kareografer persembahan. Vokal Farawahida juga mantap dan berkesan. Ini membolehkan dia berjaya menggondol Lagu Etnik Kreatif terbaik menewaskan Dusta Berkalang dan Doa dalam Lagu. Saya bagi 7/10.

14.) Elyana - Kalis Rindu
- Bila lihat Elyana malam tadi seperti melihat Gwen Stefani pulak yang menyanyi. Gaya dan cara persembahan mirip kepada penyanyi dari barat tersebut. Apa-apa pun Elyana memang rock malam tu. Saya bagi 6/10.


Juri profesional untuk Anugerah Juara lagu 23 terdiri daripada :
Hazami, Achis, Muhariz Yakup, Saharudin Mustafa, Adibah Nor, Dr. Wan Zawawi, Helen Yap dan selaku ketua Juri Azmeer.

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu 23 bagi tahun 2008 adalah seperti berikut:

Juara Lagu 2008 : Lagu Untukmu nyanyian Meet Uncle Hussain

Lagu Balada Terbaik : Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir

Lagu Pop Rock Terbaik : Lagu Untukmu nyanyian Meet Uncle Hussain

Lagu Etnik Kreatif Terbaik : Persoalan Cinta nyanyian Farawahida


Vokal Terbaik : Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir

Persembahan Terbaik : Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir



Tags :
Anugerah juara lagu 23, Persembahan terbaik, vokal terbaik, etnik kreatif, balada, pop rock, Aizat, Meet uncle hussein, Faizal tahir, Farawahida, zulfekar,Estranged, heliza,zahid,aiman, dingin, ziana zain, lagu untukmu, yang pernah, dusta berkalang, doa dalam lagu, elyana, kalis rindu,lagu kita, bukan disini, sofaz, cuba, hanya di mercu, ayu oiam,sampai syurga, bila nak saksi, spider, aku stacy, stacy, faizal ismail, ally iskandar, chreyl samad.





0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites