Wednesday, February 07, 2007

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006

ABPBH 2006, sekali lagi menjadikan rezeki Mawi bertambah.
Siaran langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006 yang disiarkan menerusi TV3 Ahad lalu, disaksikan 4.41 juta orang, menjadikannya program hiburan mencatat jumlah penonton paling ramai.
TV3, dalam kenyataannya, semalam menjelaskan, angka itu mewakili 67.5 peratus daripada keseluruhan penonton siaran televisyen yang ke udara ketika itu.

Jumlah penonton ABPBH 2006 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, bermula jam 9 malam itu juga meningkat berbanding 4.2 juta pada ABPBH 2005.


Photobucket - Video and Image Hosting

Mengulas pencapaian itu, Pengerusi Jawatankuasa Induk ABPBH 2006, Hanizam Abdullah, berkata kejayaan berkenaan hasil sokongan pelbagai pihak termasuk media massa dan pembaca akhbar ini.

"Promosi hebat stesen radio rasmi Era dan media cetak sendiri membuatkan peminat hiburan berasa teruja. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang, Persatuan Akademi Industri Muzik, TV3, pihak penaja dan semua tenaga kerja yang terbabit.

"Paling utama, kami ucapkan terima kasih kepada pembaca Berita Harian yang sentiasa memberi sokongan serta penonton TV3. Kami harap sokongan ini akan berterusan," katanya.

ABPBH 2006 menyaksikan Asmawi Ani atau Mawi, 26, sekali lagi dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, yang membolehkannya membawa pulang Naza Sorento 2.5 (A) tajaan Kia Motors, barangan kemas Habib Jewels bernilai RM150,000 dan pakej penginapan mewah di Head of State Suite, Hotel Palace of The Golden Horses.

Disini aku pun heran, mana perginya artis-artis keluaran Media Prima. Kat Melodi bukan main lagi nak kondem artis Astro... tapi yang menjadi pilihan rakyat Malaysia skang sapa? Pihak media prima perlu tahu hal-hal camnie. Orang ramai dah meluat ngan cite2 hampes Dalam Melodi tue. Sudah-sudah lah tu. ...
Sempat gak aku tengok ABPBH 2006 ni, walaupun baru balik dari travelling.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites