Wednesday, February 07, 2007

Kerjalapangan Di Blungei, Lundu.

Photobucket - Video and Image Hosting

2hb Februari lepas aku dan pensyarah (bos)aku ada mengikuti fieldtrip pelajar tahun 2 di Teluk Blungei, Lundu. Kami berada di sana sehingga 4 Februari (birthday aku yang ke 27). Dah lama aku tak pergi fieldtrip yang bermalam punya. Ni kira perasmian ni untuk tahun 2007 . Kami akan bekerja di sekitar hutan bakau dekat Sg. Blungei. Sebelum tu, kami akan menyewa tempat kediaman Hj. Bujang. Kalau nak tahu siapa Hj. Bujang, tanyalah orang-orang di Lundu. Semua orang kenal orang tua ni. Malah jika ada projek di sekitar Lundu pun , kami memang biasa menyewa rumah Hj. Bujang ni. Dekat jer dengan Pantai Pandan. Sewa pun berbaloi dengan fasiliti yang ada. Muat untuk lebih 100 orang sewa.

Photobucket - Video and Image Hosting

Gambar kat atas ni, gambar anak ikan belacak yang aku ambil semasa aku merintis jalan untuk mencari kawasan high tide di hutan Bakau area Sg. Blungei. Semasa tengah rilek kepenatan merintis, anak ikan ni melompat kat kaki aku. Terus aku jadikan ia model blogs aku ni. Heeeheheheh.

Photobucket - Video and Image Hosting

Pada 3hb, iaitu semasa hari kedua kami berada di Lundu, Member aku pun datang bersama pensyarah dan student tahun 1. Mereka pun akan membuat fieldtrip di tempat yang sama, tapi tajuk yang berlainan (pengenalan). Atas ni gambo pelajar tahun 1 tengah buat presentation kerja-kerja diaorang. Sempat gak aku ambik gambar.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites