Wednesday, February 21, 2007

Filem Ghost Rider

Malam Isnin hari kedua Gong Xi Fa Cai, aku ada masa nak tengok wayang. Dalam kepala otak aku memang dah set nak tengok filem Ghost Rider lakonan Nicholas Cage. Dari trial dan iklan yang dipaparkan di tv dan internet membuatkan aku tak sabar-sabar nak pi menonton cerita ni. Maklumlah, movie faveret aku... hantu.
8.30 malam aku ngan mem bertolak dari rumah ke Cineplex. Ingat nak beli tiket movie yang start pukul 9.15. Tapi sampai jer kat Cineplex, kami lambat 10 minit. Dan cerita tu pulak start pukul 9 mlm. Ah.. lantaklah, janji dapat pulang rumah awal. Aku pun suruhlah mem pegi beli tiket. Waktu tu kat ruang legar Cineplex memang penuh orang. Maklumlah, esokkan masih cuti. " Sori cik, tiket pukul 9.00 full house. Pukul 11.00 punya ada. Kalau cik lambat yang ni pun full house jugak." Siot tullah. Aku suruh jer mem aku beli tiket tu. Dah alang-alang sampai. Tu pun dapat tiket seat kedepan sikit. Yang seat belakang semua dah full. Habislah leher aku ni nanti.
Cerita
Ghost Rider ni memang best . Aku bagi 4 bintang. Puas bila menonton filem ni. Bak kata orang , berbaloi. Memang tak rugi nyer kalau korang gi beli tiket menonton filem ni. Jangan beli cetak rompak. Kang tak pasal-pasal tak tahu jalan cerita.
Yang pasti, sekuel filem
Ghost Rider ni mesti akan ada. Sebab Johny Blaze (Nicholas Cage) tak mau kasi balik power yang dia dapat dari Ketua Syaitan(Mephistopheles) tu. Sebaliknya dia hendak bertarung dengan Ketua Syaitan yang telah membuat perjanjian dengan dia dahulu. Biasalah, cerita omputih. Sedangkan malaikat lagi dorang boleh buat main. Inikan lagi Syaitan.

Kalau nak tau cerita ni ngan lebih lanjut. Pegilah ke wayang yer....

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites