Malam minggu lepas, aku dan kawan aku plan nak pegi memancing di Jeti Kpg. Rambungan. Ada dalam 50km dari rumah akulah. Dulu pun pernah gak aku memancing kat situ, dan pendapatannya pun lumayan gak. Memang port bestlah bagi orang yang kaki ngail. Sebelum pergi kami berlima singgah kat Bintawa untuk membeli umpan anak udang hidup. Besar gak modal untuk umpan ni, dalam Rm 50 lah. Belum masuk modal makanan yang akan kami makan malam ni.
Sempat gak aku ambik gambar atas feri sebelum sampai ke Kpg. Rambungan. Lama gak kami menunggu feri ni memenuhkan transport-transport yang nak ke seberang. Maklumlah, kawasan terpencil, dan transport kat situ pun jarang-jarang melewati jalan tersebut. Jalan feri ni merupakan jalan alternatif bagi aku kalau nak ke Kpg. Rambungan atau Lundu selain dari Jalan Bau-Lundu. View jalan Kpg Rambungan nampak lebih cantik.
Jeti Kpg. Rambungan. Kat Jeti ni lah kami plan seminggu yang lepas nak jadikan ianya sebagai port memancing. Aku dulu pernah memancing kat sini, dan hasilnya pun ok. Tu sebabnya aku teringin nak kembali memancing kat situ sambil bermalam. Tapi sayangnya, bila kami sampai kat situ dalam pukul 5 petang, dah penuh port yang dihujung sekali di booking orang yang datang awal. Frust habis kami , wa cakap lu. Siao hao laaa... Frust rasa di hati hanya Tuhan yang tahu. Nampak gayanya terpaksalah kami memancing dekat area jeti yang dekat dengan daratan.
Lamalah jugak kami memancing kat Jeti Rambungan tu. Yang problemnya, salah seorang dari kami berlima pun belum mendapat seekor ikan. Jam masa tu dah menunjukkan pukul 8.30 malam. Mungkin ramai sangat kaki pancing kat sini kot. Tu yang ikan2 takut nak makan mata pancing. Heheheheheh. Tanpa mahu menunggu dan membuang masa kat port tu, entah dapat atau tidak kalau kami still tunggu, kami pun blah dari situ dalam pukul 8.45 malam. Plan B kami malam tu pulak nak mencuba di Jeti Telaga Air Matang. Tak sampai setengah jam kami memancing kat situ, aku berjaya menaikkan seekor ikan sembilang yang berat nya hampir 2 kilo.
Yahhhhoooo...happy wa cakap lu. Seumur hidup aku, ni lah pertama kali aku berjaya menaikkan ikan sembilang. Kira dalam senarai wishlist lah jugak spesies ni.
Bercanda di tepian pantai.....bla..bla..bla.. Dah namanya kaki pancing, nak makan pun tak ingat dunia lagi, bekal yang kami bawa petang tadi dah nak dekat basi masa kami nak makan kira -kira jam 1.30 pagi. Kawan aku yang dalam gambar tu tengah makan pun berjaga-jaga sambil melihat pancing (takut kena sambar ikan lah tu)
0 comments:
Post a Comment