Bestt... the best movie of the year.... Memang best movie transformers ni. Malam tadi pukul 10 aku pi panggung tengok cerita ni. Sebelum tu, aku ngan Iss booking tiket seawal jam 10 pagi untuk booking tiket tayangan pukul 10 malam. Untuk yang pukul 7 pm plak... sold out.
Gambar atas... Team baik. Aku sampai kat panggung pukul 9.40 malam. Sempat gak aku perhati, penonton yang hadir. Banyak gak orang tua-tua yang datang menonton filem ni. Maklumlah, kartun transformers ni kan bermula pertengahan tahun 1980an. Movie ni memang penuh dengan aksi pertarungan samada antara autobots ataupun manusia. Dari awal sehingga akhir babak filem. Full of action. Pujian juga harus diberikan kepada pengarah, kerana cerita ni tak meleret-leret bercakap yang penonton kadang-kadang tak paham seperti movie-movie yang lain.
Optimus Prime. Disamping dengan aksi-aksi pertarungan... pengarah juga bijak menyelitkan babak romantik Sam Witwicky ngan girls dan babak lawak para pelakon dan juga robot-robot baik.
Seperti juga siri kartun-kartun Transformers.... sekali lagi Optimus Prime tidak dapat menandingi Megatron yang sememangnya power. Nak tau nasib Megatron or Optimus Prime..... gi panggung nun...
Starscream tengah mengamuk di bandar... antara babak menarik filem ni. Aku suka tengok watak robot Bumble bee yang manja dan lawak ni...
Pesanan untuk korang... Jangan lupa search dekat ebay... cari nama ladiesman217. Dia jual cermin mata moyang dia. Power siot cermin mata tu... heheheheh
0 comments:
Post a Comment