Thursday, June 07, 2007

Pak Lah... Bakal Pengantin Baru

Khabar angin yang Jeraul dengar dalam 2-3 bulan lepas, rupa-rupanya bakal menjadi kenyataan pada hari Sabtu ini. Memula dengar dulu cam tak caye jer dan taknaklah Jeraul nak letak dalam blogs... takut orang cakap Jeraul suka buat fitnah. Sekarang, memang betul pun kan.
Sekalung Tahniah hantujeraul blogspot ucapkan buat Perdana Menteri Malaysia yang disayangi. Moga perkahwinan ini bahagia sepanjang hayat. Review perkahwinan Perdana Menteri Pak Lah, akan Jeraul buat sejurus selepas perkahwinan. Berikut adalah beberapa maklumat tentang bakal isteri beliau....
Jeanne Abdullah (nama asal Jeanne Danker) adalah anak pertama dari 4 adik beradik dan dilahirkan pada 29 Julai 1953. Beliau bersekolah di Sekolah menengah Assunta dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan hotel. Jeanne Abdullah bekerja sebagai penyelia di kediaman rasmi Perdana Menteri dan sebagai pengurus bagi Kompleks Seri Perdana. Jeanne Abdullah mempunyai dua orang anak iaitu Nadiah dan Nadine.
Hidup Pak Lah.....

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites