Saturday, March 31, 2007

Rizal dan Aksi Goreng Gitar.

Aku tak tau plak kenapa orang tu siap letak gambo Rizal tunjuk Choi kat penonton. Kalau korang ada tengok klip ni tentu korang faham, yang si Rizal tu tengah buat aksi cam orang goreng guitar lead. Part jari hantu dia tengah ke atas, part tu jugaklah diorang snapkan untuk disebarkan....heheheh. Part jari manis ngan jari telunjuk kat atas, taknak pulak diaorang sebarkan.. hehehe. Paham-pahamjerlah. Kengkadang kesian gak ngan budak ni. Lagi satu yang aku turut kesian...ada ke patut diaorang kutuk Aswad macam tu sekali. Malas aku nak komen memanjang, Korang pun tahukan apa yang telah diaorang kutuk kat Aswad.
Aku nak pointkan kat sini, yang aku nak Ebi, Rizal dan Aswad ke final...... yang lain tu?????

Apakehey nyer ni...

Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Cuti hari ni , baru dapat online.. Kalau tak pun kena tunggu diari baru dapat update blog. Macam biasalah, skang kan musim AF... so blog ni pun akan lebih tertumpu pada AF sehingga Af berakhir.
Ok bercerita tentang diari minggu ketiga ni. Kenapa mesti ada Tok Wan dalam diari? Tok Wan merujuk kepada maskot terbaru Astro (pitching lari laaaa...) Ntah ape2 lah diari minggu ketiga ni.
Lagu satu yang saya perasan dan beberapa forummer perasan ialah terdapat pelajar yang kurang ditonjolkan dalam diari. Pelajar-pelajar seperti Rizal, Candy dan Fatin amat kurang ditonjolkan dalam Diari. Jika peminat mereka nak tengok karektor pelajar tersebut, kenalah melanggan AFxtended. Kat situ baru nampak karektor pelajar tersebut. Macam si Rizal tu, dia memang pandai bermain alat muzik seperti gitar dan drum, Candy pula suka menyendiri dan tidur.Bak kata lain, kat AFxtended memang banyaklah ditonjolkan pelajar-pelajar tersebut. Tapi kat Mesia ni, banyak ker yang dapat melanggan AFxtended tu? Persoalannya..... Siapa yang patut disalahkan. Editor ker atau pelajar itu sendiri? XCam diari yang dulu-dulu pun camtu jugak. Editor lebih fokus kepada pelajar perempuan. Kemaruk sangat lah tu...

Lagi kurang diorang nampak kat diari....makin lama diaorang kat dalam list....

Tuesday, March 27, 2007

Ronaldo to stay at United for many years.

Af, Af gak, don't forget about Manchester United... heheheh. Nasib Ronaldo nak stay. Dengar kata, Deco (Barcelona) pun nak join MU....

Cristiano Ronaldo has reiterated his desire to stay at Manchester United 'for many years', after his influential performance helped Portugal overcome Belgium 4-0. The flying winger has been linked with a big money move to Spain in the summer, after impressing in the Premiership, but according to a report published in the Guardian, has no desire to move away from Old Trafford. 'Am I the best in the world? I have been improving my game and I'm in a great shape this year,' he said. 'I feel mature. The Manchester United players are by my side and I also have a great help in the national team. But of course I believe I am one of the best. 'I have a good contract in financial terms and what really matters to me is to show my game. It's a good sign to know that I have so many clubs interested in me, but I'm very happy where I am and I hope to stay in Manchester United for many years.' Real Madrid president Ramon Calderon made it clear for the first time that he would be interested in signing Ronaldo, and claimed he would be willing to break the bank in order to land the United star. 'The only way to convince Manchester United will be to put a lot of money on the table,' he told a Mexican newspaper.

Lagu Tugasan Minggu Ketiga

Permaidani - Aris Ariwatan : Dinyanyikan oleh Rizal
Terlalu Istimewa - Adibah Noor : Dinyanyikan oleh Candy
Melukut Di Tepi Gantang - Aishah : Dinyanyikan oleh Mila
Kembara Di Tanah Gersang - Al Jawaher : Dinyanyikan oleh Dekna
Al Jannah - Mawi : Dinyanyikan oleh Ebi
Aku Tanpa Cinta-Mu - Mirwana : Dinyanyikan oleh Dafi
Insan - Yantzen : Dinyanyikan oleh Farha
Ku Berlari - Firdaus : Dinyanyikan oleh Shawal
Warisan - Sudirman Hj. Arshad : Dinyanyikan oleh Aizat
Hijau Bumi Tuhan - XPDC : Dinyanyikan oleh Aswad
Ode to My Family - Cranberries : Dinyanyikan oleh Noni
Erti Hidup - Dayang Nurfaizah : Dinyanyikan oleh Fatin
Melodi Ahlan - Waheeda : Dinyanyikan oleh Heliza

Sudah saya kata kan tempoh hari, pembahagian lagu sebegitu rupa bakal mengundang perbalahan antara pelajar. Walau pun di kaca tv kita nampak mereka cuba berbaik-baik, namun sebagai manusia, hati siapa yang tahu. Kertas lagu tugasan ditampal dicermin mengingatkan saya seperti Kompeni Ah Long menampal iklan pinjaman di kereta2 dan dinding shopping kompleks. Heheheheh. Dari situasi ini juga, para penonton akan mendapat melihat sikap sebenar para pelajar.
Memandangkan Hari Maulud Rasul jatuh pada hari Sabtu ini, pihak Astro telah menganjakkan hari Konsert ke Hari Ahad pukul 1.30 tengah hari. Satu cara yang amat baik dan di puji oleh ramai pihak. Lagu-lagu yang diberikan juga berunsurkan Ketuhanan, keamanan dan insan.
Ok dari segi lagu jika pelajar tersebut berjaya membawakan lagu itu dengan baik, saya rasa tak mustahil mereka akan kekal lama di Akademi. Lagu-lagu yang saya jangka bakal meletup di konsert jika betul gaya dan caranya mengikut susunan ialah,:

1.) Ku berlari (Firdaus) - Syawal
2.) Ode to My Family (Cranberries)- Noni
3.) Hijau Bumi Tuhan (XPDC) - Aswad
4.) Erti Hidup (Dyg Nurfaezah) - Fatin
5.) Terlalu Istimewa (Adibah Noor) - Candy
6.) Al Jannah - (Mawi) - Ebi
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Mampu atau tidak Ebi menyanyikan lagu Idola remaja masa kini di konsert ketiga?
Yang lain-lain tu bagi saya tak berapa cukup powerlah . Apa-apa pun ianya terpulang kepada pelajar AF5 sama ada dapat menyampaikan lagu tersebut dengan baik atau tidak. Itu terpulang pada mereka.

Sunday, March 25, 2007

Undian Selepas Konsert.

Terkejut bila tengok undian selepas konsert malam tadi kira-kira pukul 12 lebih.

Nama
ASWAD 17%
SHAWAL 13%
HELIZA 13%
DAFI 12%
NONI 8%
EBI 8%
DEKNA 6%
FATIN 5%
CANDY 5%
RIZAL 5%
FARHA 4%
MILA 4%
AIZAT 2%

Aizat yang pada mulanya di kedudukan ke dua, hampir terkeluar. Tapi bila aku tekan balik butang R pukul 6 petang tadi, Aizat naik balik ke kedudukan kedua...hehhehe... Yang lucunya, aku afundi semalam 2 peserta (biarlah rahsia) sebelum konsert, masih belum terima reply dari astro lagi. Heheheh. Tak hairanlah kalau ada orang beritahu malam tadi undi banyak sangkut. AF5 ni nampak undian dari Sabahan agak terkebawah. Tak tahulah mungkin strategi, atau sudah tidak yakin lagi bila 3 AF menjadi Naib Juara. Tapi walau apapun aku memang puji orang Sabah kerana banyak melahirkan penyanyi yang baik.

Review Konsert Kedua AF5

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tahniah di ucapkan kepada tenaga pengajar Akademi Fantasia 5 untuk minggu ke 2 ni. Peningkatan mendadak persembahan pelajar dan perubahan arrangement muzik yang ok sikit dari minggu sudah, membuatkan ramai penonton berpuas hati. Tapi adakah ini akan berkekalan sehingga ke konsert akhir?..sama-sama kita nantikan.
Afiq menjadi mangsa kedua penyingkiran (aku rasa yg sepatut keluar ialah Mila).
Permulaan konsert dimana pelajar memperkenalkan diri, mereka jadi robotlah pulak. Cam budak 3 suku pun ada ...heeheh

Persembahan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Candy-Semua Jadi Satu
Kejutan dilakukan dengan menampilkan 3 diva dari seberang, KD, Ruth Sahanaya dan TT DJ. Aku sememangnya menyukai lagu ini. Dan amat berbangga dengan Candy bila berjaya membawakan lagu ini dengan baik, walau nampak sedikit gementar. Candy mempunyai suara yang unik dan boleh diperbaiki lagi teknik nyanyiannya.

Rizal- Kembali Merindu
Memang excited betul dia nyanyi.. Setuju ngan Ogy yang mengatakan persembahannya jujur. Dia pun nampak jujur orangnya. Tapi suara ditenggelami muzik malam tadi.Kena belajar lagi melontarkan suara dengan baik. Overall baik dari minggu lepas.

Ebi- Bailamos
Persembahan yg menarik.. Dah nampak bersemangat plak budak ni. Sexy la jugak.. Vokal dier kena asah lagi, Ada certain part mendatar. Suka menonton bila dia berbailamos dengan budak bawah umur tu...hehhehe...

Heliza- Aku Bukan Utk Mu
suara dier sedap dan ada tone kata Hattan.. Tapi still meniru suara Dato CT dan suara dia tak konsisten.. ada masa mcm bagus.. tetiber kat tgh lagu cam ada silap sikit.. lepas tu ok balik... dia kena pandai kontrol suara dia lagi..

Aizad- Basketcase
Aku taknak komen sangat pasal persembahan ni. Memang bestlah kalau dapat lagu jenis camnie buat pelajar. Gerenti penonton terhibur. Bagi jer kat sesapa lagu ni, gerenti kena puji gak. Aizat beruntung dapat lagu ni, seperti Faizal AF4 (Smell Like Teen Spirit) dan juga Felix (Hukum Karma). Korang pun paham kan maksud aku....

Fatin- Bila Rindu Ku Sebut Nama Mu
Kesian ngan dak Fatin ni. Muzik tu ker atau dia yang silap. Tak taulah. Dia nyanyi pon mcm tak bermaya.. Lagu dandut ok lah ngan dia.

Farha- Biarkan Aku Menangis
Bolehlah tahan suara dia bawa lagu ni.. tp sbb lagu nih sedap.. Belum betul-betul teruji dan aku masih fobia ngan suara dia bila dia nyanyi lagu Search minggu lepas. Tunggu jerlah konsert ke 3 nanti cammana plak.

Mila- Got To Tell You
Suara dia ada peningkatan banding minggu lepas.. Tapi biasa-biasa jer pbagi orang yang dah biasa menonton AF. Nasib dia tak terkeluar minggu ni. Yang aku heran cammana sebelum konsert dia di kedudukan terakhir dan akhir konsert dia berada di tangga 5 keatas??

Afiq- Biso Bonar
Suara dia ni sebenarnya ok. Suka bila suara serak-serak basah tu dilontarkan dengan jelas. Tapi apa boleh buat. Nasib dah takda.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Noni- Mi Rae
Aku dah sangka dah mesti dia dapat buat nyer... Lagi ni kira tak berapa mencabar sangat. Cuma dari segi bahasa jer yang berlainan. Overall ok dan menghiburkan.

Dekna- Cinta
Masih flat lagi di certain part... Suara pun tak cukup tinggi.. Pitching???..

Dafi- Pencinta Wanita
Lagu senang tapi jangan ingat dapat buat sambil lewa. Dafi bagi aku semalam agak tidak memuaskan dari segi vokal. Biasa jer persembahan dia, Tapi heran gak bila orang kat dewan tu cam kena histeria.

Aswad- Nak Kahwin, Duit Tak Ada
Suara dia memang best. Mungkin sebab dia ada pengalamn menyanyi dulu2. Apa-apa pun kena tunggu minggu seterusnya untuk lihat persembahan dia yang lain. Nasib tak sengau.

Shawal- Kenangan Mengusik Jiwa
Malam tadi memang malam Shawal. Memang sesuai lagu lama ni kat dia. Tapi tak bleh puji sangat. Vokal dia belum teruji dengan lagu berentak moden plak.\

Persembahan Menuju Puncak-
Dah makin ok. TApi masih perlu diperbaiki part permulaan tangan pelajar melambai-lambai tu. Aswad kena jaga step tu taww...

Keseluruhan Konsert-
Arrangement muzik dah di ubah. Marvellous. Harap dapat dengar lagu rock minggu depan.

Pilihan jeraul.
1.) Shawal
2.) Aswad
3.) Candy
4.) Noni
5.) Rizal

Thursday, March 22, 2007

Soseh-soseh Akademi Fantasia 5.

Baru jer lepas balik dari kerja ni. Sempat gak menjenguk ke forum cari dan Channel@15. Tengok-tengokkan keluhan dan pendapat orang lain tentang AF5 ni. Rata-rata para peminat AF amat tidak menyukai arrangement muzik di konsert pertama. Ada yang mengatakan bahawa muzik yang di gunakan masa konsert tu, muzik ala karoke dan bukannya seperti muzik yang sepatutnya keudara bila di sesuatu konsert.
Di samping kontroversi Zana, 3 pelajar sakit dan bekas kekasih Diya, nampaknya AF5 ini bakal mengundang parah. Walaupun ini baru konsert pertama, namun sudah banyak kontroversi yang datang. Tapi bagi saya, kontroversi ni perkara biasa dalam dunia hiburan realiti, tapi yang saya tak tahan ialah kenapa muzik yang sebegitu rupa di tampilkan. Tengok jer diari di minggu kedua ni. Semasa latihan nyanyian, muzik yang didendangkan untuk pelajar menyanyi juga nampak lemah, dan kebanyakan pelajar menyanyi agak sengau terutamanya Aswad (atau mungkin dia memang sengau).
Jika arrangement muzik masih juga seperti dalam diari ni, alamat habislah AF5 ni nanti.....

Peratusan terkini Pelajar.
1.) DAFI - 18%
2.) Aizat - 17%
3.) Heliza - 14%
4.) Fatin - 9%
5.) Aswad - 8%
6.) Afiq - 5%
7.) Farha - 5%
8.) Syawal - 5%
9.) Rizal - 4%
10.) Ebi - 3%
11.) Candy - 3%
12.) Noni - 3%
13.) Dekna - 3%
14.) Mila - 3%

Tuesday, March 20, 2007

Tugasan Minggu Kedua AF5

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pembahagian Lagu Konsert
Cara pembahagian lagu berbeza dengan 4 musim Af terdahulu…konon cam ada pembaharuanlah. Lagu ditampal di dinding dan pelajar terutamanya yang perempuan berebut pilih lagu ikut selera masing-masing … kira first come first serve. Heliza pilih lagu slow macam lagu konsert 1, agaknya lagu macam tu jer ke yang dia mampu?? Dafi pilih lagu Irwansyah yang sama lebih kurang cam suara dia...kebudak2an. , Syawal plak pilih lagu a ramlee …. agogooooo!!!!… hehhehehe .
Cuba lah kiranya lagu di masukkan ke dalam satu balang dan kemudian student tu buat cabutan, cam orang mengundi. Pok nasiblah katakan. Baru la adil… baru la kemampuan setiap pelajar benar2 teruji kerana sepanjang masa dan minggu mereka harus bersedia dgn. kemampuan mereka akan diuji dengan lagu dari berbagai genre, bukan ikut minat memasing jer…baru la boleh melahirkan juara yang benar2 versatile.

▪ Semua Jadi Satu - 3 Diva -Candy
▪ Biarkan Aku Menangis - Tommy J. Pissa - Farha
▪ Cinta - Amy Mastura -Dekna
▪ Pencinta Wanita - Irwansyah- Dafi
▪ Gotta Tell You - Samantha Mumba - Mila
▪ Bailamos - Enrique Iglesias - Ebi
▪ Aku Bukan Untukmu - Rossa - Heliza
▪ Biso Bonar - Hattan- Afiq
▪ Basket Case - Greenday - Aizat
▪ Kenangan Mengusik Jiwa - A. Ramlie - Shawal
▪ Bila Rindu Kusebut Namamu - Siti Fairuz - Fatin
▪ Kembali Merindu - Slam -Rizal
▪ Nak Kahwin Duit Tak Ada - Sweet September - Aswad
▪ Mirai E - Kiroro -Noni

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Review Konsert Pertama AF5

Ok.. ni aku nyer komen. Pandangan dari Pemerhati AF sejak AF 2,3,4 dan 5 . Kejutan yang aku nampak pada malam tu ialah kehadiran Fatin untuk menyanyikan Lagu Angkat Kaki dan kenyataan Zana menarik diri dari Akademi Fantasia.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aizat- " Pengiran Cinta"
Angah di mana... Semputttt.... . Kalau lagu slow okay kot dia nyanyi. Over bila dia menari untuk lagu Pangeran cinta tu. Tak masuk langsung dengan lagu aksi dia.

Afiq- "Janjiku"
Not badlah budak ni nyanyi. Baju ngan persembahan pun ok. Tapi part nyanyi belum cukup lagi. Suka dengar suara serak2 basah tu. Kalau bagi lagu Salemm untuk konsert seterusnya tentu best..

Mila- "Bersama"
Nyanyian ok..tapi, low notes hancuss.. Tu jerlah.... Biasa2 jer.

Dafi- "Uptown Girl"
Lagu ni memang sesuai ngan suara dia. Tapi control sangat dalam buat pergerakan menari tu.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Diya- "Aku Masih Setia"
Control ayu plak budak ni. Suara dah biasa kat mesia ni. Tak best. Diya Terkeluar di konsert pertama ni.

Farha- "Balada Pemuzik Jalanan"
Teruk... langsung tak rock. Aku tunggu2 dia perform, sebab aku ingat rock. Tapi rocknya takder. Mungkin suara dia tak sesuai atau arrangement muzik yang hancuss..

Ebi- "Milik Siapakah Gadis Ini?"
Salah masuk. Lembik....hehhehehe. Cakap ahli sukan. Suara oklah untuk lagu slow...

Dekna- "Tanpamu"
Sayang, lagu ni best..tapi bila dia nyanyi terus tak best. Semput gak dia ni. Nasib ada si Puff daddy tu.

Syawal- "Harapan"
Awal dia ngan Aznil cober line cakap tekak bernanah ..tapi memang tak best pun dia bawa lagu ni. Low note ok, tapi flat.

Candy- "Ka Ching"
Pronunciation mmg out, tp dia ada improvementlah. Persembahan ok tak memboringkan.

Rizal- "Menanti Sebuah Jawapan"
Persembahan selamba, tapi mengasyikkan. Nampak terlalu stress tang muka bila bawa lagu ni. Apa-apa pun memang ok. Setuju ngan OGY.

Noni- "Tak Ada Logika"
Gedik. Tapi memang sesuailah ngan lagu ni gaya dia. Yang tak best nya, musik tu dah direndahkan note dia. Tak dapat dengar kekuatan vocal si Noni ni.

Heliza- "Kau Pergi Jua"
Tak der identiti langsung suara dia. Banyak tiru CT. Tak tau plak kenapa orang dok tepuk kuat2 kat stadium tu. Banyak gak part2 yang salah bila dia nyanyi. Tapi hig note dia ok.

Aswad- "Kerana"
Tak nak komen. Tunggu konsert lain. Cam tak best jer .

Fatin -"Angkat Kaki"
Kalau lagu dangdut, memang makanan dia lah. Terlalu banyak vibrato.

Persembahan Menuju Puncak-
Biasalah, persembahan pertama. Nampak hancur, tapi boleh dimaafkan.

Juri-
Fauziah Latif
Oklah, macam dia kat MI, control plak bila dia komen..

Hattan
Memang best bila dia komen. Apa yang aku nak komen, semua dia sampaikan

Fauziah Ahmad Daud
Komen dia ok. tapi terlalu over cam beudak tu dah lama jadi artis.

Pendapat Keseluruhan Konsert
Aku mintak Sham balik ke AF. Muzik out ....

Pengacara- Aznil
Dah tak best dah Aznil ni. Kasi orang lain jer lah...

Monday, March 19, 2007

Zhana AF5 tertekan gambar aksi panas disebar

Zhana AF5 tertekan gambar aksi panas disebar
KUALA LUMPUR: Bekas peserta Akademi Fantasia 5 (AF5), Wan Nurul Zhana Wan Mohd Hamzan, 23, kini tertekan berikutan penyebaran gambar aksi panasnya, dipercayai dihasilkan melalui teknik pertindihan imej (super-impose) dalam internet.

Sumber yang rapat dengan keluarga Zhana, memberitahu Berita Harian, gambar itu juga menjadi punca mengapa bekas penyampai radio berkenaan hilang tumpuan hingga terpaksa menarik diri pada konsert pertama AF5 yang berlangsung di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin.

"Dia (Zhana) percaya ada pihak cuba mensabotajnya. Itu bukan gambarnya dan ia dipercayai gambar super-impose. Zhana dan keluarganya pun hairan bagaimana gambar itu boleh dikaitkan dengannya," katanya.

Zhana juga difahamkan sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai gambar berkenaan sehingga keadaan reda.

"Dia sekarang sedang berehat dan menenangkan fikiran. Dia tidak akan buat apa-apa kenyataan sehingga keadaan reda," katanya.

Kelmarin, Zhana yang berasal dari Kuala Lumpur, membuat keputusan mengejut apabila menarik diri dari AF5 pada konsert pertama program realiti tv berkenaan di Dewan Sivik MPBJ, di sini.

Penerbit Eksekutif AF5, Bob Azrai, berkata keputusan itu dibuat disebabkan tekanan yang dialami peserta berkenaan.

Ditanya sama ada penarikan diri peserta itu ada kaitan dengan gambar aksi panasnya di internet, beliau berkata, Zhana hanya memberitahu beliau tidak mampu bertahan dalam AF5 atas sebab peribadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent & Management, Freddie Fernandez, yang bertanggungjawab menguruskan peserta AF, ketika dihubungi, mengesahkan sudah dimaklumkan mengenai kontroversi berkenaan.

"Saya sudah tahu fasal perkara itu. Dia (Zhana) pun sudah buat laporan polis dan kita biar perkara ini disiasat dulu. Apa pun tindakan selepas ini, kita akan rujuk pada nasihat polis," katanya.

Sumber Measat Broadcast Network System (Astro), berkata pihaknya tidak mahu terbabit dalam kes gambar aksi panas itu yang kononnya membabitkan peserta berkenaan.

Katanya, secara rasminya apabila peserta berkenaan sudah membuat keputusan keluar dari AF5, beliau tidak lagi mempunyai kaitan dengan program realiti tv berkenaan mahupun Astro.

Friday, March 16, 2007

Lagu Minggu Pertama AF5

Lagu yang akan dinyanyikan oleh pelajar AF5 Sabtu ini :

▪ Angkat Kaki - Sheeda : Dinyanyikan oleh Fatin
▪ Akhirnya Kini Pasti - Anita Sarawak : Dinyanyikan oleh Zana
▪ Tak Ada Logika - Agnes Monika : Dinyanyikan oleh Noni
▪ Bersamamu - Siti Sarah : Dinyanyikan oleh Mila
▪ Kau Pergi Jua - Adam Ahmad : Dinyanyikan oleh Heliza
▪ Aku Masih Setia - Dia Fadila : Dinyanyikan oleh Diya
▪ Tanpamu - Farawahida : Dinyanyikan oleh Dekna
▪ Ka-Ching - Shania Twain : Dinyanyikan oleh Candy
▪ Harapan - Fazli Zainal : Dinyanyikan oleh Shawal
▪ Menanti Sebuah Jawaban - Padi : Dinyanyikan oleh Rizal
▪ Balada Pemuzik Jalanan - Search : Dinyanyikan oleh Farha
▪ Milik Siapakah Gadis Ini - Sudirman Hj Arshad : Dinyanyikan oleh Ebi
▪ Uptown Girl - Westlife : Dinyanyikan oleh Dafi
▪ Janjiku - Sofaz : Dinyanyikan oleh Afiq
▪ Pangeran Cinta - Dewa : Dinyanyikan oleh Aizat
▪ Aku Hanya Serangga - BPR : Dinyanyikan oleh Aswad

Sunday, March 11, 2007

Pelajar Wanita AF5

Senarai "Pelakon Wanita" Akademi Fantasia 5. Sumber Akademi Fantasia 5 .

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nama Samaran
CANDY
Nama Penuh : CANDRA BINTI CLEMENT
Bangsa : KADAZAN DUSUN
Umur : 18 TAHUN
Asal : TAMBUNAN, SABAH
Tarikh Lahir : 11 MEI 1989
Tinggi : 153 CM
Berat : 50 KG
Hobi : MENYANYI, MENARI & BELAJAR MUZIK
Penyanyi Idola : DATO' SITI NURHALIZA
Deskripsi : Gadis desa yang dibesarkan dalam keadaan yang serba kekurangan. Anak ketiga daripada tujuh orang adik beradik ini cekal menempuhi dugaan hidup sehingga sanggup mengorbankan kerjaya untuk menyertai AF5.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nama Samaran
DEKNA
Nama Penuh : ARYANNA NAJWA BINTI AHMAD
Bangsa : MELAYU
Umur : 19 TAHUN
Asal : PULAU PINANG
Tarikh Lahir : 22 DISEMBER 1988
Tinggi : 172 CM
Berat : 56 KG
Hobi : MENYANYI
Penyanyi Idola : AISHAH
Deskripsi : Gadis bersuara lantang ini suka menceriakan suasana dengan lawak spontannya. Mudah tersentuh dan cepat mengalirkan airmata. Selalu mendapatkan khidmat nasihat ibunya sebagai penasihat fesyen.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nama Samaran
DIYA
Nama Penuh : ADYANA BINTI KHALID
Bangsa : MELAYU
Umur : 21 TAHUN
Asal : KUALA LUMPUR
Tarikh Lahir : 12 JULAI 1986
Tinggi : 156 CM
Berat : 50 KG
Hobi : MENARI, MENARI & MEMBACA
Penyanyi Idola : FAUZIAH LATIFF
Deskripsi : Gadis yang berwajah ayu ini sebenarnya seorang yang tegas dan serius. Bersifat penyayang dan sangat suka pada kanak-kanak.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nama Samaran
FATIN
Nama Penuh : NURUL FATIN BINTI YAHYA
Bangsa : MELAYU
Umur : 20 TAHUN
Asal : JOHOR BAHRU
Tarikh Lahir : 5 OKTOBER 1987
Tinggi : 160 CM
Berat : 40 KG
Hobi : MENYANYI & MENGEMAS RUMAH
Penyanyi Idola : DATO' SITI NURHALIZA
Deskripsi : Gadis cili padi ini pandai bergaya dan mengikuti perkembangan fesyen semasa. Seorang yang tabah dan sukar untuk mengalirkan airmata dalam apa jua keadaan sekalipun.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nama Samaran
HELIZA
Nama Penuh : NUR HELIZA BINTI HELMI
Bangsa : MELAYU
Umur : 21 TAHUN
Asal : KUALA TERENGGANU
Tarikh Lahir : 3 FEBRUARI 1986
Tinggi : 155CM
Berat : 42 KG
Hobi : MENYANYI & MEMBELI-BELAH
Penyanyi Idola : DATO' SITI NURHALIZA
Deskripsi : Gadis bertudung petah bercakap. Seorang yang cerdik dan cemerlang dalam pelajaran. Matanya adalah asset dan senjata untuknya kerana apabila dia memandang pasti ramai yang terpegun dengan pandangannya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nama Samaran
MILA
Nama Penuh : NORSYARMILLA BINTI JIRIN
Bangsa : MELAYU
Umur : 19 TAHUN
Asal : PULAU PINANG
Tarikh Lahir : 23 DISEMBER 1987
Tinggi : 148 CM
Berat : 40 KG
Hobi : MENYANYI, MENARI & MEMBACA NOVEL
Penyanyi Idola : ANITA SARAWAK
Deskripsi : Gadis cili molek yang bersifat manja dan mempunyai pertalian yang terlalu rapat dengan keluarga. Membantu menambahkan pendapatan keluarga dengan menjual suara walaupun masih belajar


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nama Samaran
NONI
Nama Penuh : NONNY NADIRAH BINTI ZAINUDDIN
Bangsa : SINO-NATIVE
Umur : 18 TAHUN
Asal : KOTA KINABALU, SABAH
Tarikh Lahir : 21 JULAI 1989
Tinggi : 158 CM
Berat : 53 KG
Hobi : MENYANYI, MENARI & MENDENGAR MUZIK
Penyanyi Idola : SHAKIRA
Deskripsi : Gadis periang yang suka ketawa. Pandai menyembunyikan situasi sebenar dengan sikapnya yang suka ketawa. Berdarah campuran, kacukan Cina dan Melayu. Mudah mesra dengan semua orang dan bersikap 'selamber'

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nama Samaran
ZANA
Nama Penuh : WAN NURUL ZHANA BINTI WAN MOHD HANIZAN
Bangsa : MELAYU
Umur : 23 TAHUN
Asal : KUALA LUMPUR
Tarikh Lahir : 20 APRIL 1984
Tinggi : 149 CM
Berat : 48 KG
Hobi : MENYANYI, MEMASAK & BERCAKAP
Penyanyi Idola : LEEANN RIMES & MARIAH CAREY
Deskripsi : Seorang yang suka bercakap dan bijak sesuai dengan kerjaya sambilannnya sebagai juruhebah radio tempatan. Fasih berbahasa Inggeris dan pandai memasak terutamanya masakan Cina dan Itali .

Pelajar Lelaki AF5

Di bawah ini akan disenaraikan semua 'pelakon-pelakon' lelaki dlm program AF kali ini. Sumber Akademi Fantasia.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nama Samaran
AFIQ
Nama Penuh : MOHD SHAFIQ BIN MOHD RAMADZAN
Bangsa : MELAYU
Umur : 21 TAHUN
Asal : PUTRAJAYA
Tarikh Lahir : 3 JULAI 1985
Tinggi : 175 CM
Berat : 77 KG
Hobi : BERMAIN FUTSAL & GOLF
Penyanyi Idola : M.NASIR
Deskripsi : Seorang yang aktif dan meminati irama balada. Pernah mengharumkan Negeri sembilan dalam sukan bola sepak dan bola lisut. Sangat mementingkan keluarga dan menjadi idola kepada adik-adiknya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nama Samaran
AIZAT
Nama Penuh : MUHAMMAD AIZAT BIN AMDAN
Bangsa : MELAYU
Umur : 18 TAHUN
Asal : KUALA LUMPUR
Tarikh Lahir : 21 JANUARI 1989
Tinggi : 176 CM
Berat : 98 KG
Hobi : MENCIPTA LIRIK & LAGU
Penyanyi Idola : ONCE
Deskripsi : Jejaka gempal ini pandai menari dan mempunyai kebolehan melukis komik. Seorang yang jujur dan merupakan pendengar yang baik. Sangat teruja apabila melihat mikrofon.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nama Samaran
ASWAD
Nama Penuh : MUHAMMAD NUR ASWAD BIN JAFAR
Bangsa : MELAYU
Umur : 27 TAHUN
Asal : PULAU PINANG
Tarikh Lahir : 9 NOVEMBER 1980
Tinggi : 178 CM
Berat : 60 KG
Hobi : MENYANYI & BERSUKAN
Penyanyi Idola : MUS (MAY)
Deskripsi : Anak yatim piatu yang dibesarkan oleh abang-abang dan kakak-kakaknya. Seorang peminat setia muzik rock. Usahawan kecil yang tabah menghadapi apa juga rintangan dan dugaan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nama Samaran
DAFI
Nama Penuh : GADAFFI BIN ISMAIL SABRI
Bangsa : MELAYU
Umur : 19 TAHUN
Asal : PETALING JAYA, SELANGOR
Tarikh Lahir : 14 DISEMBER 1988
Tinggi : 168 CM
Berat : 65 KG
Hobi : MENYANYI & MELEPAK
Penyanyi Idola : JUSTIN TIMBERLAKE
Deskripsi : Seorang yang merendah diri walaupun berasal daripada keluarga berjaya. Pelajar kolej swasta dalam jurusan pereka bunyi dan muzik. Seorang yang matang dalam usia setahun jagung. Peminat fanatik AF.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nama Samaran
EBI
Nama Penuh : EBI KORNELIS @ FIRDAUS BIN YAIMAL
Bangsa : MELAYU
Umur : 23 TAHUN
Asal : KOTA KINABALU, SABAH
Tarikh Lahir : 14 NOVEMBER 1983
Tinggi : 177 CM
Berat : 71 KG
Hobi : BERMAIN GITAR & BERSUKAN
Penyanyi Idola : JAMAL ABDILLAH
Deskripsi : Jejaka yang aktif bersukan ini pernah menjadi atlit olahraga di peringkat kebangsaan. Seorang yang fokus dan bersungguh-sungguh dalam apa jua yang dilakukan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nama Samaran
FARHA
Nama Penuh : MOHD FARHA BIN JASMEN
Bangsa : BAJAU
Umur : 22 TAHUN
Asal : KOTA KINABALU, SABAH
Tarikh Lahir : 5 JULAI 1985
Tinggi : 184 CM
Berat : 78 KG
Hobi : BERMAIN GITAR
Penyanyi Idola : AMY SEARCH
Deskripsi : Jejaka yang paling tinggi dalam AF5 ini juga mempunyai nada suara yang tinggi. Bersifat prihatin dan cepat mengasihani orang lain. Lebih mementingkan rakan daripada diri sendiri.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nama Samaran
RIZAL
Nama Penuh : HASFARIZAL BIN AYUB
Bangsa : MELAYU
Umur : 19 TAHUN
Asal : KUCHING, SARAWAK
Tarikh Lahir : 5 NOVEMBER 1987
Tinggi : 178 CM
Berat : 65 KG
Hobi : MENYANYI & BERMAIN ALAT MUZIK
Penyanyi Idola : ZAMANI SLAM
Deskripsi : Anak nelayan yang merupakan anak bongsu daripada lapan orang adik-beradik. Seorang yang tidak mudah berputus asa, penyabar dan selalu menjadi orang tengah dalam keluarga.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nama Samaran
SHAWAL
Nama Penuh : MOHD SHAWAL BIN RUSLAN
Bangsa : MELAYU
Umur : 23 TAHUN
Asal : KUALA LUMPUR
Tarikh Lahir : 3 JULAI 1984
Tinggi : 178 CM
Berat : 70 KG
Hobi : BERMAIN FUTSAL & MENDENGAR RADIO
Penyanyi Idola : ANUAR ZAIN
Deskripsi : Jejaka ini mempunyai vokal ala penyanyi 80an seperti Ibnor Riza dan Shidee. Mempunyai vokal memukau dengan suara jantannya. Seorang yang suka mengemas rumah.

Thursday, March 08, 2007

Akademi Fantasia 5

Antara info awal yang diketahui untuk musim ke 5 ni:

Tenaga Pengajar Akademi Fantasia 5
Guru Koreografi - Linda Jasmine
Guru Vokal Teknikal - Syafizawati Sharif
Guru Vokal Persembahan - Adnan Abu Hassan
Guru Persembahan Pentas - Fatimah Abu Bakar
Pengetua - Roslan Aziz
Guru Bahasa Inggeris - Khairul Najmi
Perunding Fesyen - Jasmi Rejab
Perunding Motivasi - Dr. Azahari Othman

Perbezaan Akademi Fantasia musim ke 5
*Tahun ni Akademi Fantasia akan menampilkan 16 orang pelajar.
*Imbasan Akademi Fantasia tidak akan lagu keudara
*Diari Akademi Fantasia akan disiarkan dari hari Ahad hingga Jumaat pada 9 malam dan konsert tetap setiap Sabtu malam.
*Debat Akademi Fantasia akan diperkenalkan dimana ia berbentuk wacana, diskusi and akan memberi tumpuan pada topik hangat yang berkaitan.
*Undi pukal atau undi serentak akan diperkenalkan. Melalui AFUNDI SAKAN, pengundi dibenarkanmengundi 3 hingga 5 undian sekali bagi setiap SMS yang dikirmkan. Ini untuk memudahkan pengundian.
*AFMASUK tidak akan ada tahun ini, dan maklumat boleh diperolehi melalui butang merah Astro ketika menonton.
*Dengan menggunakan Maxis 3G mulai 12 Mac, siaran langsung AF@15 sehingga 21 jam boleh ditonton selain siaran langsung konsert Akademi Fantasia. Servis sama boleh didapati melalui Aksi AF, laman web Astro, Trek Selebriti, @15, ERA dan butang merah.

Gaji Gomen naik? betul ker...

News yang baik -- gembiranya rasa hati -- walaupun kenaikan bukan beratus ratus tapi kalau up to 40% kira a good increase though --hopefully dengan kenaikan ni -- kakitangan awam ni -- bekerja la dengan baik lagi -- improve kan juga customer services yang mostly hampeh tu --- kalau nak increase salary --- kena la juga improvekan services pada public
Ak ringkaskan artikel Berita Harian di bawah ni.

Gaji kakitangan awam dijangka naik
KUALA LUMPUR 6 Mac – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini berhubung kenaikan gaji memberi petanda positif kepada lebih sejuta kakitangan sektor awam.Menurut Presiden Cuepacs, Omar Osman, Perdana Menteri menyifatkan cadangan menaikkan gaji itu amat wajar memandangkan kali terakhir gaji kakitangan awam disemak 15 tahun lalu pada 1992. Omar yakin kenaikan itu dapat dilaksanakan tahun ini berdasarkan maklum balas Perdana Menteri kepada Cuepacs dalam pertemuan kira-kira sejam di bangunan Parlimen, hari ini.
Kenaikan gaji 40 peratus yang dicadangkan adalah untuk kumpulan sokongan II, Gred 1 hingga 16 yang merupakan jawatan terendah dalam sektor awam manakala bagi kumpulan sokongan I, Gred 17 hingga 26 dan Gred 27 hingga 40 pula kadar kenaikan dicadangkan sebanyak 30 peratus. Bagi kumpulan pengurusan dan profesional, Gred 41 hingga 54, Cuepacs mencadangkan kenaikan gaji 20 peratus manakala bagi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) sebanyak 10 peratus.

Harap-harap lah naik ......puhhh kiri, puhhh, kanann

Manchester United 1-0 Lille

Yesss.... akhirnya, lepas gak Manchester United ke Separuh Akhir Liga Juara Eropah, dan tak sia-sia juga aku bangun seawal jam 3.30 pagi tadi semata-mata nak tengok match Manchester United vs Lille tu. Dan yang paling manisnya dalam perlawanan pagi tadi Abang Larsson berjaya menjaringkan gol tunggal untuk M.U hasil tandukan dan juga dari hantaran Christiano Ronaldo. Berita dari MU :

Much like the performances against Fulham and Liverpool in the league, United were far from their best against Lille in this Champions League second leg tie at Old Trafford on Wednesday, but once again the Reds got the required result.
It took a show of Cristiano Ronaldo's blistering pace and a well-placed header from Henrik Larsson, the perfect goodbye to Old Trafford, to separate the two teams and give United the win.
Lille offered very little in the way of an attacking threat and in truth United's performance rarely rose above the minimum requirements to reach the Champions League last eight for the first time since 2002/03.Without Louis Saha, out for four weeks with a hamstring strain, Sir Alex started with Larsson in his final match at Old Trafford in a United shirt as a lone striker.
The Reds boss plumped for a 4-5-1 formation with Wayne Rooney and Cristiano Ronaldo operating on the flanks in support, backed up by a midfield trio of Paul Scholes, Michael Carrick and John O'Shea.
The events of the first leg had obviously made an indelible mark on both sets of fans. United’s goalscorer in the first leg, Ryan Giggs, was booed by the Lille supporters when his name was announced, while Reds fans jeered as the away team was read out. It promised to be a tight and tense encounter.
Lille started out much as they had done at Stade Felix-Bollaert a fornight ago, physical, quick to close down and compact.
However, it took an excellent block from Nemanja Vidic after seven minutes to stop Peter Odemwingie getting off his shot inside the area, before United's first opening a minute later, which should have led to something better. Scholes found Larsson's run in behind the Lille defence but the Swedish forward's touch let him down and the ball trickled through to Les Dogues goalkeeper Tony Sylva.

Infinite Dreams - Iron Maiden

Teringin aku nak bawa lagu Infinite Dreams dari Kumpulan Iron Maiden ni sampai perfect. Lagu ni kalau masuk Battle Of The Bands tentu gempak stage tu...


Infinite dreams i’can’t deny them
Infinity is hard to comprehend
I couldn’t hear those screams
Even in my wildest dreams


Suffocation waking in a sweat
Scared to fall asleep again
Incase the dream begins again
Someone chasing I cannot move
Standing rigid a nightmare’s statue
What a dream when will it end
And will I trancend?

Restless sleep the minds in turmoil
One nightmare ends another fertile
Getting me so scared to sleep
But scared to wake now, in to deep

Even though it’s reached new heights
I rather like the restless nights
It makes me wonder it makes me think
There’s more to this I’m on the brink
It’s not the fear of what’s beyond
It’s just that I might not respond
I have an interest almost craving
But would I like to get too far in?

It can’t be all coincedence
Too many things are evident
You tell me you’re an unbeliever
Spirtualist? well me I’m neither
But wouln’t you like to know the thruth
Of what’s out there to have the proof
And find out just which side you’re on
Where would you end, in heaven or in hell

Help me help me to find my true
Self without seeing the future
Save me save me from myself
Even within my dreams



There’s got to be just more to it than this
Or tell me why do we exist
I’d like to think that when I die
I’d get a chance some other time
And to return and live again
Reincarnate play the game
Again and again and again

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites