Monday, January 07, 2008

Akademi Fantasia Kembali!!!

Akademi Fantasia kembali lagi. Tarikh nya masih rahsia, cuma yang pasti, Akademi Fantasia musim ke 6 akan muncul di kaca tv tidak lama lagi. Spekulasi siapakah pengganti Aznil sebagai pengacara sensasi Akademi Fantasia 6 juga sudah terjawab, di mana Ac Mizal dan Sarimah diberi tugas sebagai pengacara baru acara tersebut.

AC Mizal, Sarimah ganti Aznil pengacara Akademi Fantasia Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Bukan satu tapi dua pengacara sekali gus akan menggantikan Aznil Nawawi sebagai pengacara program realiti televisyen popular, Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6).
Menurut sumber-sumber industri, dua nama yang bakal menerajui AF6 yang akan ke udara di Astro Ria tidak lama lagi ialah AC Mizal dan Sarimah Ibrahim.
AC Mizal dikatakan terpilih berdasarkan kejayaannya mengendalikan rancangan terbitan Astro, AC Di Sini yang diminati ramai manakala kepetahan Sarimah Ibrahim mengendalikan rancangan Fail Sulit AF telah memikat hati pihak Astro.
AC Mizal ketika dihubungi bagi mengulas perkara tersebut memberitahu, dia masih belum mendapat apa-apa tawaran daripada pihak Astro bagi mengacara program realiti TV itu.
“Walaupun saya menerima banyak panggilan daripada peminat yang mahu tahu kedudukan saya, tapi saya tidak boleh mengesahkannya kerana saya sendiri tidak tahu apa-apa. Jika betul saya yang dipilih pastinya saya berasa sangat bertuah untuk mengendalikan AF6 kali ini,” kata pelakon filem Cicak-Man itu.
Bagaimanapun, kata AC Mizal, sekiranya dia berpeluang mengacara program realiti TV popular itu, pastinya dia akan menyuntik beberapa elemen baru agar program tersebut terus diminati.
“Kalau betul saya dipilih, insya-Allah saya akan cuba sebaik mungkin membuat perubahan kepada program tersebut.
‘‘Saya akan mengendalikan AF mengikut cara saya sendiri sama seperti saya mengacara AC Di Sini. Yang berbeza cuma kandungan program tersebut,” ujarnya.
Ditanya adakah dia sudah bersedia sekiranya peminat program tersebut membandingkan dirinya dengan Aznil, AC Mizal berkata: “Saya bersyukur sekiranya ada yang membandingkan saya dengan Aznil. Sekurang-kurangnya mereka membandingkan saya dengan pengacara nombor satu negara. Saya menerimanya dengan hati terbuka.”
Sementara itu, Sarimah Ibrahim yang sedang bercuti di Dubai ketika dihubungi berkata, dia juga masih belum mendapat sebarang tawaran daripada pihak Astro bagi mengendalikan AF6.
“Jika saya ditawarkan untuk mengendalikan AF6 pastinya saya sangat terkejut namun saya bersyukur kerana dalam ramai-ramai yang disebut sebagai pengacara AF6, saya yang terpilih. AF merupakan sebuah program yang cukup popular.
“Walaupun ia satu tugas yang berat dan mungkin peminat akan membandingkan saya dengan Aznil, namun sebagai orang yang terpilih insya-Allah saya akan mengendalikan program itu mengikut cara saya sendiri kerana saya tidak mahu nanti ada yang berkata saya berpura-pura pula,” kata Sarimah.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites