Monday, January 07, 2008

Minyak Masak Kehabisan Stok??

Pelik tapi benar.
Malaysia negara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia kehabisan minyak masak? Minyak masak hampir semua tempat di Semenanjung Malaysia tidak dijual di kedai-kedai runcit, pasaraya-pasaraya besar atau kecil sejak minggu lepas lagi.

Apa nak jadi ni?

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Mohd. Shafie Apdal minyak masak sengaja di catu, dihadkan beli 5 kilogram sahaja seorang. Alasannya mengapa berlaku kekurangan minyak masak ialah:

i. Pengguna industri yang beli minyak masak yang disubsidi gomen dan dibungkus dalam paket-paket kecil.

ii. Masalah penyeludupan.

iii. Keperluan bertambah kerana bilangan penduduk bertambah.

Masalahnya di Johor Bahru dan dipercayai banyak negeri di Malaysia langsung tiada stok. Nak beli 5 kilogram apa? Bagaimana pula kalau ada anak 10 orang beli seorang 5 kilo?

Fenomena ini membimbangkan bukan sahaja peniaga-peniaga sektor makanan malah suri rumah. Nampaknya terpaksalah menggunakan alternatif lain seperti minyak masak soya, jagung dan sebagainya untuk menumis. Bagaimana pula nasib penjual goreng pisang?

Pokok kelapa sawit yang beratus-ratus hektar di Felda seluruh negara dan kampung-kampung nampaknya tidak dapat menampung stok untuk penduduk Malaysia. Lucunya...

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites