Tuesday, January 15, 2008

Jeraul is back..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Jeraul baru jer balik dari outstation di Labuan semalam. Badan pun masih penat gak ni, tapi still masih mencari entry terbaru untuk blog ni. Lepas jer jeraul upload gambar trip ke Labuan kat fotopages nanti, jeraul akan terus buat entry about my trip in Labuan.
Labuan skang ni dah banyak berubah sejak Jeraul meninggalkan pulau ini 15 tahun yang lalu (since 1992). SK Pekan 1 tempat jeraul sekolah dulupun dah agak moden sekarang berbanding dahulu.
Keenam-enam pulau yang ada di Labuan seperti, Pulau Kuraman, Rusukan Besar, Rusukan Kecil, Pulau Burong, Pulau Daat dan Pulau Papan sudah Jeraul selami. Dalam masa 2 hari Sabtu dan Ahad, Jeraul dah buat sebanyak 12 kali aktiviti menyelam scuba di area pulau-pulau tersebut. Apa-apa pun cerita pasal trip di Labuan ini nanti akan menyusul kemudian.... Saya nak tido dulu....

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites