Tuesday, January 15, 2008

Bantu Cari Sharlinie

hantujeraul blogspot prihatin....
Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.

Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.

Diharap sahabat yang mempunyai apa apa maklumat berkaitan, segera menghubungi balai polis yang berhampiran ataupun talian yang berikut :-

* Polis - 03 79662222 / 999

* En Nashar (Bapa) - 016 2709096 / 016 2583450

1 comments:

Apa yang mampu kita bantu?

saya ada sedikit kemampuan untuk berkongsi cadangan dan tips , walaupun tak sebaik yang diperlukan pihak berkuasa tapi mungkin cara ini sedikit membuka ruang kepada kita semua untuk membantu dan mendapatkan apa saja maklumat yang boleh membantu mengesan kehilangan adik Sharlinie.


:> http://abgfir.blogspot.com

http://abgfir.blogspot.com/2008/01/apa-yang-mampu-kita-bantu-kehilangan.html

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites