Tuesday, January 15, 2008

Malaysia,Singapura,Filipina...Negara Paling Banyak Guna SMS Di Dunia.

WARGA Singapura menghantar sekitar 12 bilion khidmat pesanan ringkas (SMS) sepanjang tahun lalu - menjadikan negara ini antara negara yang paling banyak menghantar SMS.

Malah, Singapura mengalahkan negara yang mempunyai lebih ramai penduduk, seperti Thailand dan Australia.

Secara purata, setiap pengguna telefon bimbit di sini menghantar 209 SMS, melebihi rakyat Amerika Syarikat, yang menghantar 64 SMS, dan Britain, dengan 57 SMS.

Namun, Singapura menduduk tempat ketiga. Filipina berada di tangga teratas dengan 846 SMS, sementara Malaysia di tempat kedua dengan 210 SMS.

Negara-negara seperti China dan Indonesia mempunyai kadar SMS tinggi, secara purata 1,500 SMS sebulan, kerana kadar pemilikan telefon bimbit tinggi di negara-negara tersebut.

Kadar SMS yang tinggi di Singapura tidak mengejutkan kerana kadar penembusan (penetration) telefon bimbit mencapai 16 peratus pada tahun lalu.

Kadar ini menunjukkan hampir setiap warga Singapura memiliki telefon bimbit.

Sekitar 65 peratus warga Malaysia memiliki telefon bimbit, sementara hampir separuh warga Thailand mempunyai telefon bimbit.

Kadar bayaran menghantar SMS pula agak murah di sini, lima sen bagi setiap SMS.

Kadar harga yang rendah itu mejadikan SMS popular di kalangan remaja, ujar pengasas bersama khidmat tanpa wayar BuzzCity, Dr Lai Kok Fung.

Menurut beliau, di negara-negara Eropah, seperti di Jerman, kadar bayaran bagi menghantar SMS adalah 20 sen euro (42 sen).

Malah khidmat telekomunikasi di sini juga menawarkan SMS percuma dalam pakej bulanan - sehingga 2,000 SMS percuma setiap bulan.

Seorang pakar psikologi setempat, Daniel Koh, berkata kehidupan yang sibuk menjadikan SMS popular.

'SMS cepat dan kita boleh menggunakan kekata pendek dan tidak perlu bercakap terlalu lama. Orang ramai boleh juga menghantar SMS semasa bekerja,' ujar Koh.

Seorang pelajar, Andrew Teo, 21 tahun, mempunyai alasan tersendiri untuk menggunakan SMS.

'Saya agak gagap apabila bercakap menerusi telefon. Saya mengelak daripada berbual dan lebih banyak menggunakan SMS,' ujar beliau

Sekadar Informasi untuk kita kongsi bersama...untuk members yg aku selalu SMS...sorry sejak kebelakangan ni aku kurenggg ckit ...credit tak mengizinkan Thanks!

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites