Tuesday, January 08, 2008

Kejutan Akademi Fantasia 6

Akademi Fantasia memberikan "kejutan" pertama dengan mengumumkan bahawa penyertaan kini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 hingga 45 tahun. Melalui perubahan elemen ini, kami ingin menggalakkan orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk menyertai Akademi Fantasia kerana "bakat tidak mengenal usia". Aisehhh... naper samapi 45 jer, nape tak buat sampai umur 75.. bleh tengok mak, pak, datuk nenek orang terkinja-kinja menari mengangkang buat tarian menuju puncak tu...huhuhuhuhu...

Kejutan kedua pula ialah Pengetua Akademi Fantasia 2, Ramli MS kembali menerajui kerusi panas tersebut untuk musim keenam. Apakah perubahan yang akan dibawa oleh Ramli MS ? Setelah memberikan pendidikan yang masih lagi diingati sehingga kini, tahap profesionalisme Akademi Fantasia bakal diuji dan dinilai penonton sekali lagi di bawah kepimpinan beliau.

Beliau akan mengikuti sesi ujibakat untuk melihat sendiri bakat yang masih ada di seluruh Malaysia. Menariknya di musim ini beliau turut berpeluang untuk memilih sendiri tenaga akademik yang akan bekerjasama dengannya apabila proses pengajian bermula.

Pastinya spekulasi barisan tenaga pengajar akan bermula tidak lama lagi untuk melihat siapakah tulang belakang Ramli MS yang layak untuk bergandingan dengannya.

Senarai Tarikh & Lokasi Ujibakat
12 & 13 Januari
ASTRO Bukit Jalil

17 - 20 Januari
Kompleks Asia City, Kota Kinabalu

17 - 20 Januari
Crowne Plaze Riverside, Kuching

26 - 27 Januari
Gurney Hotel, Penang

26 - 27 Januari
Kompleks Mawar, Johor Bahru

2 & 3 Februari
ASTRO Bukit Jalil

Senarai Lagu Ujibakat
Peserta Wanita
Persis Mutiara - Mila AF5
Rindu Merindu - Fauziah Idris
Jika Kau Kekasih - Linda Nanuwil
Ya Atau Tidak - Erra Fazira
Salam Untuk Kekasih - Nadia
Setiaku Korbankan - Fauziah Latiff
Unfaithful - Rihanna
Menaruh Harapan - Zaiton Sameon
Akhirnya Kini Pasti - Anita Sarawak
Pastikan - Siti Nurhaliza

Peserta Lelaki
Langit Biru - Mawi
Fantasia Bulan Madu - Amy Search
Kasihnya Laila - Jinbara
Joget Angan Tan Sudah - Jay Jay
It's Gonna Be Me - NSync
Izinku Pergi - Kaer
La Camisa Negra - Juanes
Kisah Kau Dan Aku - Alleycats
Ku Juga Mencintamu - Saiful
Azura - Jamal Abdillah

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites