Wednesday, January 02, 2008

Dr Chua mengaku lelaki dalam video seks

SAYA ORANGNYA....
Dr Chua mengaku lelaki dalam video seks

SEGAMAT: "Sayalah orangnya," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar)ketika mengaku beliau adalah individu dalam rakaman cakera video digital (DVD) aksi seks seorang lelaki dengan wanita, yang kini tersebar luas di Johor.

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya adalah lelaki dalam rakaman itu dan wanita berkenaan adalah kawan saya," kata Dr Chua yangmenyambut ulang tahun kelahirannya ke-61 hari ini, pada sidang mediakhas di pejabat MCA Bahagian Labis, semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden MCA dan Ahli Parlimen Labis, kelihatan tenang ketika membacakan kenyataan bertulis dan menjawab soalan wartawan sepanjang sidang media selama kira-kira 20 minit yang turut dihadiri 150 penyokongnya itu.

"Saya tidak membuat sendiri rakaman (DVD) itu. Siapa yangmerakamnya tidak penting bagi saya. Apa yang lebih penting ialahkeluarga, isteri dan anak-anak sudah menerima permohonan maaf saya,"katanya.

Dr Chua menjelaskan, beliau secara peribadi sudah menemui danmemohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi;Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden MCA,Datuk Seri Ong Ka Ting, mengenai perkara itu kelmarin.

Ditanya apa reaksi mereka, beliau berkata: "Saya sudah sudah jumpa Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Presiden MCA... apa reaksinya eloklah kamu sendiri berjumpa dengan mereka kerana saya tidak boleh memberi pandangan mereka terhadap saya".

Beliau turut memohon maaf kepada semua rakan seperjuangan,penyokong dan rakyat Malaysia serta berterima kasih terhadap merekayang menunjukkan prihatin serta sokongan melalui panggilan telefon danSMS yang dihantar kepadanya.

Dr Chua yang enggan mendedahkan tarikh dan lokasi rakaman DVDitu dibuat serta identiti pasangannya dalam rakaman berkenaan turut merayu kepada media supaya memberi ruang kepadanya dan keluarga untuk menghadapi tempoh sukar ini.

Katanya, beliau belum memikirkan tindakannya selepas membuat pengakuan itu dan menyerahkan kes berkenaan kepada polis yangmengumumkan sudah memulakan siasatan mengenainya kelmarin.
"Saya akan fikirkan dan memberi perhatian serius (sama ada mahu membuat laporan polis) mengenainya. Parti juga tidak membuat laporan polis,"katanya.

Mengenai masa depan kerjaya politiknya selepas pengakuan itu,Dr Chua berkata beliau enggan membuat sebarang spekulasi, sebaliknya menyerahkan kepada ahli parti, pemimpin dan rakyat Malaysia untuk menjadi pengadil.

Ditanya kedudukannya dalam Kabinet, beliau berkata:"Kedudukan saya macam biasa dan semua menteri dalam Kabinet berkhidmat atas kehendak serta kepercayaan Perdana Menteri".

Dr Chua berkata, beliau mendapat tahu mengenai penyebaran rakaman DVD yang mengandungi aksi hubungan seksnya dengan wanita itu pagi Ahad lalu serta sudah menonton sendiri rakaman itu melalui salinan DVD yang diperoleh daripada rakannya.

Menjawab pertanyaan sama ada beliau tahu dalang yang membuat rakaman itu terutama jika ia membabitkan musuh politiknya, Dr Chua berkata, beliau tidak tahu tujuan rakaman itu dibuat dan ia tidak penting baginya.

"Saya tidak akan membuat spekulasi siapa yang menyebarkannya.Itu tidak penting bagi saya," katanya yang enggan mengulas mengenai perasaannya selepas salinan DVD itu tersebar serta meminta media menyiarkan kenyataan bertulisnya.

Mengenai reaksi keluarganya selepas pengakuan itu, Dr Chuaberkata isteri dan keluarganya akan membuat kenyataan berasingan tetapi menegaskan mereka semua menyokong beliau dan tidak timbul masalah.

Dr Chua berkata, beliau juga akan terus menjalankan tugasnyaseperti biasa dan kes berkenaan tidak akan mengubah jadual tugasnya sebagai seorang menteri, Ahli Parlimen atau pemimpin parti.

Malah, sidang akhbar itu dibuat selepas beliau selesaimenghadiri majlis lawatan rasmi ke Hospital Segamat dan selepas itu,menghadiri majlis perjumpaan bersama masyarakat India di Bekok, Labis.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ketua Umno bahagianLabis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang, Datuk Sulaiman Taha serta Timbalan Ketua Perhubungan MCA Johor yang AdunBekok, Tan Kok Hong.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites