Tuesday, January 22, 2008

AJL 22 - Fiq nyanyi Mahakarya Cinta, Ajai nyanyi Kasih Tercipta???

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi Anugerah Juara Lagu 22 berlangsung, tetapi kini pihak penganjur terpaksa menangani masalah mencari pengganti penyanyi dua lagu yang dipertandingkan, “Mahakarya Cinta” dan “Kasih Tercipta”, yang bersaing di dalam kategori Balada.
Krisis ini timbul ekoran pengumuman bahawa penyanyi lagu-lagu tersebut, Faizal Tahir, tidak dibenarkan muncul dalam rancangan hiburan berbentuk konsert yang ditayangkan di mana-mana stesyen televisyen swasta selama tiga bulan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Di konsert ulangtahun 8TV Ahad lepas, Faizal membuka baju yang dipakainya ketika membuat persembahan dan menayangkan huruf ‘S' yang dicat di badannya. Pihak 8TV sendiri sebelum ini telah menghukum Faizal dengan memberinya amaran keras serta mengarahkan beliau melakukan khidmat masyarakat selama enam bulan. Penyanyi yang baru muncul dengan album solonya yang pertama itu juga telah meminta maaf secara terbuka.
Apabila ditanya mengenai pencarian pengganti Faizal,pengurus besar jabatan hiburan, sukan dan rekreasi TV3, Azhar Borhan memberitahu gua.com.my: “Pihak kami telah pun memaklumkan kedua-dua komposer terlibat, Audi Mok (“Mahakarya Cinta”) dan Ajai (“KasihTercipta”) mengenai situasi ini dan berbincang dengan mereka tentang siapa yang mereka mahukan sebagai pangganti Faizal. Merekalah yang berhak membuat keputusan tersebut.”
Sementara itu apabila dihubungi pihak gua.com.my, Audi melahirkan rasa kecewa beliau dengan apa yang telah terjadi. “Lagu tersebut memang dicipta khas untuk Faizal. So it will always be his song. Harapan saya, siapa saja yang dipilih untuk menyanyikan“Mahakarya Cinta” pada malam tersebut akan dapat memberikan intepretasi tersendiri yang tak kurang hebatnya.”
Setakat ini, gua.com.my ada terdengar desas-desus yang Fiq Mentor akan menggantikan Faizal untuk lagu “Mahakarya Cinta”, sementara Ajai berkemungkinan besar menyanyikan sendiri lagu “Kasih Tercipta”.
Sumber dari gua.com.my

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites