Friday, January 18, 2008

My Trip to Labuan

video

My trip to Labuan 11-14 January 2008. Video kat atas, aku ngan bos aku scuba diving kat area sekitar Pulau Labuan.

11 Januari 2008
12.35 tgh, naik flight dari airport Kuching ke Miri. Sampai di Miri dalam pukul 1.20 tgh. Flight untuk ke Labuan pula di tempah pada pukul 5 ptg. So kami bertiga plan nak makan dulu di bandar Miri sambil round2 bandar Miri. Sempatlah jugak singgah Boulevard Shopping Complex kat situ. Pukul 4.15 kami bertolak ke Airport Miri. Kami sampai di Labuan dalam pukul 5 lebih. Terus jer naik teksi untuk Check in kat Hotel Victoria. Tambang Rm 8.80 jer.

Pemandangan dari bilik Hotel aku.
12 January 2008.
7.30 pagi, kami breakfast kat kedai ngan hotel, malas nak jalan jauh. Selesai breakfast, kami terus naik teksi untuk ke Gropoint Fisheries. Ingatkan jauh tempat tu... rupe2nya dekat jer, siot tol. Hari pertama diving memang memenatkan. Dengan 9 kali dive, badan aku terus rasa semacam. Bayangkan Pulau Kuraman, Rusukan Besar, Rusukan Kecil, Pulau Burong dan area dekat ngan mainland Labuan kami scuba. Dengan setiap satu pulau kami buat 2 dive (lain kawasan). Mana tak penat badan aku. Kaki pun sikit lagi nak kram..
Walaupun penat... sempat gak bagi signal Ok kat cameraman.... huhuhuhuh...Kami selesai kerja dalam pukul 5.30 petang. Balik tak terasa sangat letih sebab dapat tengok pemandangan indah di sekitar Pantai Labuan dari laut (dalam bot). Pukul 7.30 malam kami pegi makan kat kedai mamak.. kalau tak silap aku nama kedai tu Aladdin Cafe. Balik terus tido...penat gilos.
Gambar atas, Pulau Kuraman, Rusukan Besar dan Rusukan Kecil dari udara. Sempat gak amek gambo dalam Mas Wings.
13 Januari 2008
Hari ni lambat sikit kami scuba diving. Sebab cuaca tak mengizinkan. Hujan lebat sejak dari pukul 4 pagi lagi. Pukul 9.30 , hujan rintis2.. so agak2 dapatlah buat keja. Kami bertolak dari Gropoint Fisheries ke Pulau Papan dan Pulau Daat dalam pukul 10 lebih. Hari ni tak banyak dapat buat dive, disamping hujan yang lebat (dalam air tak de rasa hujan pun heheheh), berangin disamping ombak yang kuat beralun menyusahkan sikit kami nak menyelam.
Waktu balik hari tu dalam pukul 4 petang. Sampai jer di Jeti, ada kawan, orang Labuan yang jemput kami. Dulu dia pernah belajar kat Sarawak. Dia ni lah yang bawak kami jalan-jalan sekitar pulau Labuan. Habis kami pusing seluruh Pulau Labuan... lagipun pulau ni pula bukannya besar sangatkan. Gambar atas ni namanya Chimney.. salah satu tempat wajib singgah di Labuan.
Yang diatas ni pun salah satu tempat wajib singgah... WWII Memorial... adalah jugak nama-nama askar Australian ngan askar India di tulis namanya di atas batu-batu putih tu. Ada ribu-ribu gak semuanya.
Yang ni pulak dekat Surrender Point. Tempat Askar Jepun menyerah diri. Batu besar ni didatangkan khas dari Negara Jepun. Banyak awek lepak kat area ni heheheh. Lain-lain tempat yang kami singgah ialah di Kampung Air Patau-Patau, Pantai Manikar (cantik pantai ni), Taman Burung, Water Sport Complex dan lain-lain lagi. Cuma terkilan sikit sebab tak dapat singgah kat Membidai, tempat aku duduk tahun 1992 dulu.. Malam nya pula , kami jalan-jalan plak ke Financial Park. Jalan kaki jer dari Hotel. Nak tengok shopping kompleks kat situ... Tak ramai orang kat sini.. maklumlah penduduk kat sini pun bukannya ramai. Agak-agak 10% jer dari penduduk Kuching.
14 Januari 2008
Bangun lambat sikit hari ni. Sebab takder keja. Lagi pun flight ke Miri pukul 12.30. Kami breakfast pagi tu kat Restoran Malindo. Boleh tahan gaklah restoran ni. Berdepan ngan Hotel Pulau Labuan yang dah tak berfungsi lagi. Dulu Hotel nilah yang paling hebat zaman aku duduk kat sana dulu. Sempat singgah kat kedai-kedai menjual barang tanpa cukai. Kalau nak gi Labuanni nak beli rokok, perfume ngan arak memang murahlah... tapi barang lain mahal plak... Mungkin pasal banyak jugak barang datang dari Kota Kinabalu. Sikit jer barang aku yang dibeli. Al maklumlah belum dapat gaji...

Aku sampai kat Kuching pukul 3 lebih.... macam memula aku datang gaklah flight dia. Labuan-Miri-Kuching.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites