Monday, April 23, 2007

Cinta dan ilusi?..

Cinta…. Kenapa tiba-tiba aku terfikir pasal cinta. Kenapa hati ini rasa tak keruan. Tolong maafkan aku… aku bersalah…ya memang aku bersalah. Maafkan aku.
Kenapa harus kita mencari cinta yang tidak pasti akan ada kesudahannya? … tak pasti. Kenapa cinta mencari kita di saat kita tidak pasti kewujudannya? Apakah kita perlukan cinta? Atau apakah cinta itu perlukan kita? Mengapa harus kita mencari cinta bila mana kita tahu cinta itu akan mengecewakan kita.
Cinta. Ratusan drama, puluhan filem, ribuan buku di Malaysia dan di dunia ini telah menceritakannya. Tapi kenapakah hingga kini persoalan cinta itu masih lagi menjadi satu tanda tanya. Masih lagi kita meragukan kewujudannya. Apakah untuk mengisi kehidupan kita dengan makna atau hanya mensia-siakan hidup ini dengan kekecewaan. Yang mendapatnya akan bahagia. Yang kekurangannya akan kecewa. Hanya untuk cinta.
Cinta. Apa yang kita harap dengan mencarinya. Kalau hanya bermandikan airmata. Hanya berbantalkan rasa kecewa. Persoalan yang belum tentu anda faham akan kesudahannya… itu pun jika ada kesudahannya. Mungkin cinta itu yang seharusnya memahami kita dan bukan untuk kita memahami cinta. Mungkin cinta itu ada kerana kita tapi bukan kita ada kerana cinta.
Bukan mudah untuk kita mencarinya akan tetapi senang sekali untuk kita menghilangkannya. Bila mana kita diberi peluang untuk memilikinya, akhirnya, kita lalai dan cinta itu dipersiakan.
Benarkah cinta itu buta? Atau adakah cinta itu buta kerana kita tidak tahu jika ianya wujud untuk kita atau kita wujud untuk cinta. Mengapa kita harus cinta? Apa kita benar benar perlukan cinta atau sekadar satu perasaan yang kita sendiri tidak pasti dari mana asalnya dan bila pula kesudahannya? Benarkah kita boleh menyayangi seseorang dengan sepenuh hati sedangkan kita bercinta dengan orang lain? Wujudkah cinta sejati atau hanya sekadar satu impian?
Semuanya berasal dari hati, nafsu dan fikiran yang mendorong manusia kearah menggapai cinta. Walau cinta itu bukan milik kita…

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites