Sori, sebenarnya aku tak tengok siaran langsung konsert ke 7 Akademi Fantasia 5 ni. Aku pegi memancing kat Rambungan, Lundu. Aku hanya sempat tengok siaran ulangan saja di Astro Ria pada hari Ahad pukul 1.30 tengahari. Tapi keputusan siapa yang terkeluar tu, aku dah tau… member sms kat aku masa aku tengah memancing. Aizat ... seorang lagi pelajar yang mempunyai vocal dan performance terbaik Akademi Fantasia 5, menjadi mangsa kepada jari yang mengundi. Terkeluarnya Aizat, menampakkan terkezutan para pengkritik dan orang seni rasanya. Hattan seperti tak percaya (lintas kamera menunjukkan reaksi Hattan di meja pengkritik), begitu juga Ogy dan Fauziah Latif. Konsert yang bertemakan kemelayuan ini membuat kejutan yang saya rasa amat tidak perlu. Iaitu membawa kesemua ibu bapa pelajar ke atas pentas. Situasi menjadi hiba, bila Aswad (anak yatim piatu) berseorangan. Tujuanya , seperti kata Aznil, adalah untuk memberitahu Aswad, bahawa kesemua ibu bapa pelajar menganggap Aswad seperti anak mereka juga (tanda sokongan kepada Aswad). Aku check butar merah R pagi tadi .... Peratus Aswad di tempat pertama ... Seperti yang aku jangkakan.... Bersamamu... . Ok, reviewnya.
Aizat
Aizat bila nyanyi memang ok. Bagi aku memang takder masalah nak dengar naynyian aizat ni. Tapi, mimik muka dia masa nyanyi lagu tu agak keterlaluan lah pulak. Tapi sayang, Aizat belum pandai cover attitude dia . Tak jairanlah Hattan terkejut bila Aznil mengumumkan yang Aizat tersingkir.
Aswad
Dah ok sikit dah Aswad ni. Nyanyian ada improve sikit. Cuma, showmanship tu kena improve lagi. Tapi bila dia dok tahan tangan dia tu, nampak lawak plak. Tak sesuai.
Candy
Minggu ni, nyanyian Candy bagi aku biasa jer. Tak sebagus minggu-minggu sudah. Tapi still dapat 4 lampu biru dari pengkritik. Dia sepatutnya dapat buat lebih bagus lagi dengan lagu ni. Over konfiden kot.
Dafi
Minggu demi minggu... adalah peningkatan sikit, Tak banyaklah. Performance memang ok... cuma bab vokal jer jena belajar lagi buat lontaran suara.
Ebi
What happen to Ebi ... dah berapa minggu dah merudum. Ebi kena lakukan sesuatu pada persembahan dia. Kalau tak, nak tengok dia jadi juara memang susah. Vokal tak berapa bagus lagi minggu ni.
Heliza
Ok lah nyanyian si Heliza minggu ni. Baik dari minggu sudah. Dapat gak pujian dari pengkritik. Apa-apa pun Heliza kena buktikan yang vocal dia bukan klon Tok Ti. Minggu ni memang OK.
Mila
Bolehlah tahan, tapi tak berapa best. Suara dia memang power, tapi minggu ni dia tak berapa menyerlah. Tapi dia still favourite untuk ke Final.
Shawal
Cam minggu-minggu sudah, permulaan Shawal memang baik. Tapi bila part tengah dan hujung... Shawal dah tak dapat control persembahan dia lagi. Tak berapa berkenanlah suara Shawal nyanyi lagu ni.
Lagu Bonus
Marbeles.. Nyanyian berkonsep koir... Aku memang suka sekali.
Lagu Menuju Puncak
Masa dia orang nyanyi lagu menuju puncak.. aku tak sempat tengok. Ada hal sikit.
Overall, konsert minggu ni aku bagi 3.5 bintang dari 5 bintang. Boleh tahan.
0 comments:
Post a Comment