Update blog hari ni. Lupakan sekejap pasal AF. Lagipun dah jarang dah aku tengok diari start Rizal terkeluar minggu lepas. Rasanya Diari skang dah macam hampehs. Oklah lupakan dulu pasal tu. Petang hari Khamis lepas, lepas pulang dari kerja , aku ngan member gi jamming kat studio. Lama dah tak prektis jari main gitar bass kat studio tu. Ada lah kekok sikit. Member aku pun cam tu gak. Ada sumbang kata orang dulu-dulu… hehehhe. Kami bertiga just main biasa-biasa jer. Tak lah pro sangat pun. Main pun, main muzik rock lama-lama.
Yang kat atas ni bukan aku tawww... Ni member aku tengah setting equipment. Aku tukang amik gambo jer..heheh. Bila dah lama tak jamming, semua skill yang ada pun turut tak ingat lagi. Bukan stakat skill main bass jer, kod lagu yang biasa dimain pun dah tak ingat lagi..hehheheh. Lamalah jugak aku cuba ingat balik, last-last dapat gak. Nasib member bawa buku lagu peribadi dia.
Lagu-lagu zaman kegemilangan rock dulu menjadi pemecah suasana studio yang sunyi pada mulanya sebelum kedatangan kami. Dah jadi macam tebiat. Bila kami jamming kat studio ni jer, mesti main lagu rock lama. Lagu Sejati, Sweet Child Of Mine (Guns N Roses), I,ll Be There For U (Bon Jovi), You Give Love A Bad Name (Bon Jovi), Pawana (Search), Isi atau Kulit (Search), dan banyak lagi antara lagu lama yang dimainkan.
Nak kata perfect, tak jugak. Tapi dalam 60 % tu ok kot heheheh ..main agak-agak jer.
Lagu baru macam dari Kumpulan Sofaz , Def Gab C dan lain-lain pun ada gak kami main. Mana tau, kalau ada function nanti, taklah terkial sanagt nak cari lagu.
Aku tengah testing main 'sape'. Best wooo...smoth jer bunyi 'sape' ni. Teringin plak nak terer main sape ni. Agak-agaklah kan... 'sape' ni ada pakai kord tak, cam main gitar?
Bila jamming kat studio ni, teringat plak aku zaman masih sekolah menengah dulu. Asal hari Jumaat jer, aku mesti mintak duit lebih ngan mak untuk gi jamming ngan member sekolah. Kalau tak pun , aku akan kumpul duit belanja dari hari Isnin hingga Jumaat untuk tujuan tu. Yerlah, bukan selalu dapat mintak duit ngan mak. Maklumlah, keluarga pun bukan dari orang senang. Biasanya aku ngan member akan collect seorang dalam 2 ringgit for setengah jam jamming……
0 comments:
Post a Comment