Monday, April 23, 2007

Review Konsert ke 6 AF5

Menampilkan aksi koboi dan protege-protege (kanak-kanak) di awal konsert. Konsert minggu ni, bukan milik Rizal, walaupun mendapat 3 lampu biru (better dari Aswad yang tiada 1 lampu pun) . Beliau tersingkir di konsert ke 6 ini. Ok. Sedikit preview masa konsert.

Rizal - That Thing You Do
Dah agak minggu ni dia kuar Dance dan performance stage dia mmg best.. Aku rasa terhibur.. pronounce tu tak kesah laaa... bebudak AF memang banyak masalah tue.. tapi dapat gak faham apa dia nyanyikan. Good job. Nampak hasilnya bila dia bersungguh-sungguh belajar BI untuk lagu ni kat Akademi.

Shawal - Peronda Jaket Biru
OK gak lah dia nyanyi lagu ni. Tapi kalau dia nyanyi ngan jiwa rock, lagi best. Setuju ngan kata Hattan.

Heliza - Nafas Cinta
Aku sian lah ngan dia ni. Aku rasa suara dia memang cam tu agaknya. Takder tiru DCT. Kalau tak, takkan sampai minggu ke 6 masih dok lagu tu. Anyway, persembahan dia malam tu tak best. (bagi akulah)

Aswad - Yang Sedang2 Saja
Sian ngan Aswad selalu kena ngan OGY. Tapi malam tu Aswad tak berapa nak best performance dia. At least dia dah cuba nak buat performance stage dia nampak bagus. Apa-apa pun vokal dia memang best.

Candy - Gadis Dan Bunga
Superb... bestlah dengar dia nyanyi lagu Rahimah Rahim. Aku rasa malam tu dia yang paling best untuk persembahan. Vokal memang superb. Tapi sayang, undian kedua terbawah.

Ebi - Jujur
Apa dah jadi ni EBI, ko yang tak best ker or muzik arrangement yang tak best. Harap Ebi dapat buat yang terbaik macam dia nyanyi lagu Kasih Laila dulu. Untuk Konsert ke 6 ni, sorry to say laaa...

Dafi - Ku Juga Mencintaimu
Oklah.. sian dia salu kena kutuk. At least malam tu dia buat yang terbaik. PErsembahan boleh tahan jerlah. Vocal dia memang masih perlu diperbaiki.

Aizat - Perpisahan
Camner haa, si KK boleh nangis. Aku heran tol. Aku dengar dia nyanyi lagu AZ ni cam biasa jer. Or telinga aku salah dengo. Tapi yang pasti, dia nyanyi taklah sehebat manapun. Mungkin pengkritik takut ngan supporter dia kat belakang tu kot

Mila - Drama
Aku suka dia buat intro main piano tu. Walaupun low note ada sedikit slack, tapi hig note dia best. Persembahan kedua terbaik selepas Candy aku tengok. Ada harapan dak ni masuk final. Vokal memang power.


Lagu Bonus
AWAS.
Berterabor.... Vokal pun berterabor. Tapi menghiburkan jugak. Nak cukupkan masa konsert...
GIG
Masa lagu ni aku gi dapur buat kopi. Tak dapek den nak komen.
MENUJU PUNCAK
DAh makin kurang ni, nampaklah sikit-sikit sapa yang slack..heheheh...apa-apa pun menghiburkan.
OVERALL CONCERT
BEst... tapi muzik perlu diperbaiki. Penonton perlukan muzik arrangement konsert sebenar. Kalau susah-susah, guna jer minus one original.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites