Click pada gambar untuk melihat gambar besar. Gambar yang menceritakan seribu makna...
Baru balik dari travelling. 2 April lepas aku traveling ke Ulu Sg. Sebuyau. Ada buat survey sikit di kawasan tersebut. Kami seramai 3 orang dari bahagian yang sama mengambil bahagian. Turut serta dalam trip tersebut ialah 3 staf dari Jabatan lain. Kami berjumpa di Pasar Serian pada pukul 9.15 pagi. Mula bertolak ke Simunjan, pada pukul 9.45 pagi selepas mengambil sarapan di Pasar Serian.
Kami berenam sampai di Pejabat Daerah Simunjan pada pukul 11.40, dan terus berjumpa dengan DO Simunjan untuk mendapatkan kebenaran menjalankan survey ditempat-tempat yang dipilih. Pada pukul 12.30 tengah hari pula , kami sampai di Pasar Simunjan dan menyewa Rumah Rehat Sri Sadong.
Selepas makan tengah hari (isi perut), kami pun bertolak ke Kpg. Tuba ( Rh. Mansur) di Ulu Sg. Sebuyau. Perjalanan ke Kpg. Tuba adalah agak sukar memandangkan jalan untuk ke sana kena melalui jalan balak. Perjalanan untuk tu kalau mengikut KM, tidak lah terlalu jauh, tetapi permukaan jalan yang berlumpur , berlubang dan curam telah melambatkan perjalanan kami. Sempat juga akui mengambil gambar pemandangan di sepanjang perjalanan ke Ulu Sebuyau. Gambar atas yang di tepi sekali ialah Tuai Rumah Mansur.
Kedatangan kami disambut dengan penuh ramah oleh penduduk kampung. Banyak juga yang datang berkumpul ke rumah Tuai Rumah untuk melihat kami. Setelah lebih kurang sejam di rumah tersebut (ada makan dan minum sikit2) , aku ngan member sempat lah check keadaan sungai di kampung ni. Pada pukul 6.30 petang kami pun meminta diri untuk pulang ke Simunjan selepas beberapa data diambil. Sampai di Simunjan kira-kira pukul 8.45 malam.
Hari kedua trip Ulu Sebuyau, kami bertolak dari Simunjan ke Pantu pada pukul 8.00 pagi. Kami sampai di Pantu kira-kira pukul 9 pagi dan terus berjumpa dengan Driver kami En. Kawen dari Rumah Mansur. Gambar atas ialah pick up yang akan kami gunakan untuk ke Gunung Lesung dan Kpg. Tuba.
Penantian satu penyeksaan. Itulah yang dapat di bayangkan keadaan kami waktu itu. Duduk di belakang pick up tersebut amatlah menyeksakan. Di tambah lagi dengan keadaan jalan yang memang teruk. ( Kami tak dapat menggunakan kenderaan sendiri kerana tiada feri untuk menyeberang dari Pantu.) Gambar belakang ialah kaki Gunung Lesung. Kami sampai di kaki Gunung Lesung , kira-kira pukul 11.45 pagi.
Selepas mengambil beberapa gambar untuk dibawa pulang, kami pun terus menuju ke Kpg Tuba (Kpg yang kami telah pergi hari sebelumnya). Tujuan kesana adalah untuk menyewa bot dan makan tengah hari.
Selepas makan, kami terus menyewa sebuah bot untuk pergi ke beberapa stesen kajian. Aku pilih secara rambang jer. Tapi kena ikut pengalaman trip yang dulu-dulu gak memilih port mana yang best untuk kajian di lain hari. Kami menyusur sungai Tuba (Ulu Sg Sebuyau) hingga ke Rumah Panjang Pendawan.
Gambar atas ialah gambar Tuai Rumah Umbang a/k Kiut. (Tuai Rh. Panjang Pendawan). Setelah interview dan mengambil data dengan beberapa orang penduduk kami pun bertolak untuk kembali ke Kpg. Tuba. Oh , untuk pengetahuan, Rh Panjang Pendawan hanya mempunyai 7 pintu (Keluarga), walaupun mempunyai Rh Panjang yang besar. Seterusnya, kami masuk ke Hutan Bukit Keladan untuk mencari tanda-tanda orang Utan. Menurut penduduk tempatan, mereka pernah melihat orang Utan di situ. Gambar aku yang tepi sekali tu terpaksa diblurkan, sebab muka nampak berminyak dan kepenatan. Kat situlah lokasi Bukit Keladan. Keadaan hutannya masih tebal.
Sempat gak aku ambil beberapa snap flora dan fauna di kawasan kajian untuk kenang-kenangan. Penduduk di sekitar Ulu Sebuyau ni menggunakan tenaga solar (gambar tepi sekali) bagi menghidupkan barangan elektrik.
0 comments:
Post a Comment