Persembahan
Konsert Minggu ni Puji... Minggu Depan kritik kaw-kaw balik....
Candy-Setia Ku Korbankan.
Dia membuktikan sekali lagi yang dia memang boleh jadi penyanyi. Aku suka ngan suara dia. Tone menarik. Tapi kat Malaysia ni banyakkan penyanyi wanita suara xcamtu. Malam tadi dia memang all out. Bersahaja tapi menarik.
Rizal- Di Ambang Sore
Habislah Rizal ni... Lenggok suara tak mengena untuk lagu ni. Walaupun dia cuba wat terbaik. Apa-apa pun still ada improvement.
Ebi- Kasihnya Laila
Aik... tu ajer ker makeover dia... cam biasa jer... 2 jam tu beb... Apa-apa pun, Ebi malam tadi memang best. Suara dia pun ok. Yang paling syok tengok performance atas stage dia. Sempat gak camera tunjuk 2 wartawan tu terlompat2. Ada peluang untuk jadi juara... Pukul 12.30 malam undi dia 43%... Memang banyak pengundi dia.
Heliza- Torn
Low note memamng kureng. Minggu ni Heliza kurang menyerlah. Apa-apa pun dia still 5 teratas. Kalau dia nyanyi cam minggu kedua tentu best lagu Torn tu...
Aizad- La Camisa Negra
Kira oklah budak ni... Tapi kalau nak puji tinggi tak leh gak. Lagi pun yang bersorak kat dewan tu pun nampak dikalangan ahli keluarga ngan rakan jer. Still termengah-mengah. Tu yang buat spoiled lagu ni. Apa-apa pun menghiburkan.
Fatin- Joget Gila Bayang
Ada improvement. Suara dia memang sesuai untuk lagu cam ni... Sayang dia terkeluar awal.
Farha- As Long As You Love Me
Aku puji dia ni. Lagu tu bukan senang nak nyanyi solo. Dia memang telah melakukan tugasan dengan baik. Sayang dia terkeluar awal.
Mila- Benci Tapi Rindu
Ada improvement. Nasib sekali menyebelahi dia. Suara pun bagus, dan dia memang layak untuk meneruskan perjuangan dalam akademi jika ikut performanxce dia malam tu. Suara memang power.
Noni- Pastikan
Memula lagu Ok.. Aku ingat mesti gempak. Lepas tu masa kat bridge...terpeleot...sampai ke penghujung. Sayang. Kalau dia konsentrate lagu tu, gerenti boleh boom.
Dekna- Salam Untuk Kekasih
Tak best langsung Dekna nyanyi lagu ni. Muzik arrangement pun tak best. Tak tau plak kenapa Ogy boleh puji dia. Suara ok... tapi tak cukup mengena untuk lagu tu.
Dafi- Zikir Kasih
Aduh... dia ni memang tak boleh nyanyi punya bab lagu jenis vocal power-power ni... Lagu santai bolehlah. Minggu depan dapat lagu xcamni lagi abislah dia...
Aswad- Hakikat Sebuah Cinta
Suara dah ok... Tapi sayang, dia tak menggunakan persembahan da tu untuk menyakinkan orang mengundi. Kaku.. dan boring. Harap pada kekuatan vocal sahaja...
Shawal- Izinkan Ku Pergi
Satu lagi pelajar yang tak best malam tadi. Performance untuk showmanship ok... Tapi part vocal memang lemah. Shawal tak sesuai untuk lagu cam tu.
Persembahan Menuju Puncak-
Ok lah... Minggu ni... Malas nak komen...OKlah...
Keseluruhan Konsert-
Ada yang all out... ada yang kureng. Tu yang bestnya tentang konsert minggu ke 4 ni. Harap konsert minggu depan lagu best2.
0 comments:
Post a Comment