Lirik belum jumpa.... Download MP3 Here
Best lagu ni. Harap dapat bawak lagu ni untuk battle of the band yang tak lama lagi...
Blog berkenaan product ecigar, vapor, eliquid, pakaian, isu semasa tanahair, sukan, mp3, movie dan kehidupan penulis.
Lirik belum jumpa.... Download MP3 Here
Best lagu ni. Harap dapat bawak lagu ni untuk battle of the band yang tak lama lagi...
Bestt... the best movie of the year.... Memang best movie transformers ni. Malam tadi pukul 10 aku pi panggung tengok cerita ni. Sebelum tu, aku ngan Iss booking tiket seawal jam 10 pagi untuk booking tiket tayangan pukul 10 malam. Untuk yang pukul 7 pm plak... sold out.
Gambar atas... Team baik. Aku sampai kat panggung pukul 9.40 malam. Sempat gak aku perhati, penonton yang hadir. Banyak gak orang tua-tua yang datang menonton filem ni. Maklumlah, kartun transformers ni kan bermula pertengahan tahun 1980an. Movie ni memang penuh dengan aksi pertarungan samada antara autobots ataupun manusia. Dari awal sehingga akhir babak filem. Full of action. Pujian juga harus diberikan kepada pengarah, kerana cerita ni tak meleret-leret bercakap yang penonton kadang-kadang tak paham seperti movie-movie yang lain.
Optimus Prime. Disamping dengan aksi-aksi pertarungan... pengarah juga bijak menyelitkan babak romantik Sam Witwicky ngan girls dan babak lawak para pelakon dan juga robot-robot baik.
Starscream tengah mengamuk di bandar... antara babak menarik filem ni. Aku suka tengok watak robot Bumble bee yang manja dan lawak ni...
Pesanan untuk korang... Jangan lupa search dekat ebay... cari nama ladiesman217. Dia jual cermin mata moyang dia. Power siot cermin mata tu... heheheheh
Siot.... team aku Faster FC seri lagi.... Kali ni seri ngan team Saminu FC. Perlawanan berkesudahan 0-0. Dalam match ni, aku tak jadi main. Mata aku kena conjuctivities..(betul tak ejaan ni). Dahlah mata merah... kena demam plak tu. Sayang tak dapat main hari tu.
Waaaa.... sedihnya bila dengar khabar... wrestler peberet aku dah meninggal. Betul ker dia yang bunuh anak bini dia??
Semalam masa aku tengok konsert Ikon Malaysia, aku dengar Ezlynn bawak lagu ni. Memang best gak lagu ni... muzik lagu ni catchy dsan menghiburkan.
Amazing Phenomenon yang di panggil Summer Solstice. Menunjukkan kita...betapa kerdilnya manusia. Fenomena ini juga dikatakan ada kaitan dengan Global Warming.. Kat Kuching ni memang terasa lain sikit cuacanya... panas menggigit-gigit dan kengkadang hujan pulak tak menentu.
Dari sudut arts.... memang cantik kejadian alam yang berlaku pada tengah hari ni... Mungkinkah ada maksud tersirat????... adakah dunia yang kita duduki sekarang ini semakin tua dan tidak bermaya lagi??
Agak-agak korang lah kan... fenomena ni ada kena mengena ngan kejadian Kutub Utara yang semakin panas... dan beberapa kejadian hujan batu yang berlaku dibeberapa buah negara sekarang ni tak? Jika ya.... apa tindakan kita ....
Aku nak menyeru semua rakyat Malaysia vote for MAY bagi kategori Band untuk pentas Ikon Malaysia. Persembahan live diaorang masa saingan akhir Ikon Malaysia tu memang power giler. Bangga aku kalau diaorang ni boleh jadi wakil Malaysia untuk Pentas Ikon tu nanti.
New looking of Optimus Prime. Nampak macam robot gundam lah pulak... Tapi still ok dari versi kartun yang nampak berkotak-kotak body dier.
Tak sabo aku nak tengok citer ni... kuar lah cepat-cepat weiiii... real robot ....
Letto, satu lagi band dari seberang yang akan mewarnai industri muzik di Malaysia. Untuk mengetahui tentang band ini, sila click Letto Band . Antara lagu hits kumpulan Letto yang tengah hangat di pasaran Malaysia ialah lagu Sandaran Hati untuk album Truth, Cry and Lie. Kat sini Jeraul tempek lirik, MP3 dan kord lagu Sandaran Hati.
Malam tadi , aku gi kuar ngan Iss, member lama yang selalu bawak aku travel around Sarawak dulu. Dia ajak aku keluar jenjalan sambil introduce syarikat dia kat aku.
Saturday, 16 July 2007, After 1 hour and 15 minutes driving from my house in Kuching, finally we reached the Serikin Market (border Sarawak and Kalimantan) around 12 o' clock. It sure was a experience going through 13 bridges and a long bumpy roads. You can see at the pics above. Aku rasa, ada dalam 3 kali jumpa jalan batu ni.... Tapi skang dah ok sikit. Kalau dulu... lagi teruk... lubang-lubang besar, banyak dan dalam. Skang quite good lah sikit. This is my sixth time journey to Serikin. My last journey to this market is last two years.
Sampai jer kat tempat parking kereta, ada sorang mamat Indon tu datang kat keta aku, bagi bill parking Rm 2. Nak harap kereta selamat... so kenalah suruh dorang ni jaga. Lepas bayar kupon keta... korang tak yah rasa takut lagi nak tinggal keta korang yang mahal-mahal tu kat situ. Diaorang gerenti jaga bebetul. Dengan cara tu jer dorang cari makan.
Any way, aku berjalan from the beginning of the market place. Banyak dah perubahan yang aku nampak kat sini. Makin banyak stall di tepi-tepi jalan from Kpg Serikin to the border line. Manusia pun makin banyak. Ni baru hari Sabtu, belum lagi pergi hari Ahad.
Apa yang menarik minat aku nak gi Serikin ni sebenarnya ialah, aku nak survei harga straw mats. Tikar rotan yang famous kat Sarawak ni. Bukan apa... dapat gak aku bajet nak buat modal bisnes nanti. Contact kat Semenanjung pun dah ada ... so.. pandai-pandailah amik peluang kan.. So, kalau korang nak beli tikar ni ngan harga murah. Contact jer aku, harga boleh runding. Sempat gak aku promote...
Bab tikar ngan kraftangan jer ada murah sikit kat Serikin ni. Tapi bila bab baju ngan aksesori hiasan... rasa aku, murah lagi kat India Street tu. Bukan nak mengata... tapi kalau korang pernah pergi... tentu korang taukan.
Haaa... yang ni barang yang paling aku suka tengok kat Market tu... Shrunken Heads of Sarawak?.... no..no..no... its just another handscraft from the Indon people. Its a Indian Dreamcatcher. Its said to keep away bad dreams. Heheheh... next time kalau aku datang balik, aku nak beli, pakey letak dalam keta.
Gambar atas ni... bos tengah bagi briefing... ketinggalan 1 gol. Jangan lemah semangat. Ada 35 minit lagi unutuk kita score.....
Permulaan permainan, pemain terlalu overconfident nak menang... tu pasallah kami main sambil rileks-rileks jer...
Nasib lah jugak kami dapat menyamakan kedudukan 1-1 di akhir babak permainan. Kalau tak, malu wooooo.... Pasukan glamer kalah... aiseehhhh.. Ok lah... wa nak blah dulu... nak gi urut kepala lutut yang rasa nak tercabut ni...
Wow... not bad... what a nice movie I watch yesterday. But It was 3 hours!!!! I just love the movie a lot when Jack Sparrow back in action with his funny action.
Ingat lagi tak ngan Mila AF5?? Yang menempah sejarah Akademi Fantasia, sebagai Juara Wanita Pertama AF tu..
PROGRAM realiti TV pencarian bakat bola sepak, MyTeam kini kembali lagi bagi musim kedua dengan sedikit pembaharuan serta kemuncak final bertemu pasukan kebangsaan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 21 Oktober depan.
Gambar kiri: Taufik Batisah, Gita Gutawa dan Siti Nurhaliza sedang membuat latihan sehari sebelum majlis anugerah.
Best giler lagu baru Peterpan dalam album Hari Yang Cerah ni. Video Clip dia pun best. Sesapa yang ada Video Clip ni harap dapat tolong email kat Jeraul ok...
Khabar angin yang Jeraul dengar dalam 2-3 bulan lepas, rupa-rupanya bakal menjadi kenyataan pada hari Sabtu ini. Memula dengar dulu cam tak caye jer dan taknaklah Jeraul nak letak dalam blogs... takut orang cakap Jeraul suka buat fitnah. Sekarang, memang betul pun kan.
Tengah orang lain sibuk berziarah sempena Hari Gawai, Aku , Edy ngan Mul pulak buat program gi memancing kat Sg. Batu Kawa (Sg. Sarawak Kiri). Kira cam tak terplan lah sebenarnya program nak mancing ni. Tetiba jer rasa nak pancing, member pun mengiakannya jer. So, apalagi....
Dah beli umpan ngan dah standby barang semua, baru kami pergi ke Kpg. Sinar Budi Lama, sebelum Jambatan Batu Kawa tu. Kat situlah rumah lama si Mul ni duduk dulu. Dan kat situ gak, bertenggeknya perahu Mul yang dah lama tak pakai, tapi masih utuh.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, di kesempatan ini, Jeraul ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai, kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya. Buat rakan-rakan yang meraikannya, jangan sakan sangat. Minum sikit-sikit udahlah. Don't drink and drive ok gengs. Buat member-member (yang sambut Gawai) yang kerja kat Semenanjung tu, janganlah sedih sangat. Tahun ni tak dapat join, tahun depan or seterusnya gerenti dapat kann...
Harap tahun ni, tak kedengaran lagi kemalangan yang disebabkan oleh pemandu mabuk di hari Gawai ni. Yang penting kita mesti Happy.... Ok. Kepada yang tak menyambutnya, Jeraul juga nak ucapkan selamat bercuti bersama keluarga. Cuti selama seminggu ni tentu banyak aktiviti yang dapat di buat kann.. Jeraul sendiri ada plan nak memancing bersama rakan-rakan minggu cuti ni. Harap-harap jadi...