Datuk Sri Dr. Khir Toyo telah muncul ke dunia blog. Post pertama beliau telah mendapat 549 komen dan menurut beliau, beliau telah membaca semua komen dan menerima komen-komen tersebut dengan hati yang terbuka walaupun . Selamat datang ke dunia blogger Dr. (tak kisah digelar monyet ker Datuk?).
Khir Toyo menawarkan dirinya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO selain Dato' Mukhriz Mahathir. Khairy Jamaluddin pula mengatakan beliau sedia bertanding jika ada cadangan.
Dalam Berita Harian pula ada Dato Mohd Ali Rustam mengatakan keperluan pemimpin BN/UMNO membuat blog masing-masing untuk melihat komplen infrastruktur dan menjawab tohmahan (katanya) dari Barisan Rakyat bagi menawan siber. Menurut berita tersebut terdapat 240 blog yang ada adalah lebih cenderung menyampaikan berita alternatif dari BR.
Nampaknya media perdana seperti TV3 dan RTM masih tidak mencukupi . Selepas PRU12, UMNO/BN telah sedar tentang kepentingan media alternatif kerana kebanyakan anak muda adalah celik IT dan mungkin juga sebenarnya telah muak juga dengan berita berat sebelah media perdana.
Blog Khir Toyo ialah http://www.drkhir.blogspot.com/
Antara blog ahli politik BN yang dapat dikesan ialah :
Dato Shahrir Samad - http://shahrirsamad.blogspot.com/
Dato Wira Mohd Ali Rustam http://mohdalirustam.blogspot.com (tidak seperti blog Khir Toyo, ruangan komen ditutup)
Dato' Ruhanie Ahmad - http://www.kuda-kepang.blogspot.com/
Forum Gebang Tempur Maya Penyokong UMNO : http://www.mykmu.net/
Persoalannya, adakah kemunculan blogger-blogger ni akan menghilangkan bisa penyokong Barisan Rakyat di arena siber? Mari kita sama-sama tunggu..
0 comments:
Post a Comment