JELI - "Saya nak tengok muka perogol dan pembunuh kejam Nurul," ujar Rosnini A. Rahim, 44, yang tidak dapat menahan sebak sebaik ditanya tentang kejadian yang menimpa anak gadisnya minggu lalu.
Bagi ibu tunggal beranak empat itu, segalanya seperti mimpi apabila mendapat panggilan daripada adiknya memberitahu mayat Nurul Anira Che Rosid, 17, di temui di kawasan belukar 500 meter dari rumahnya.
"Petang itu (semasa mayat Nurul ditemui) saya merasa begitu berdebar-debar bila lihat polis dan penduduk kampung mencari Nurul di sekitar kawasan kebun di situ.
"Dan debaran saya terjawab apabila terima panggilan daripada Mamat (adik lelakinya) minta saya bersabar dan beritahu Nurul telah meninggal dunia," ujarnya yang seperti tidak percaya bahawa anaknya sudah tiada.
Menurut Rosnini lagi, beliau tidak menyangka kejadian seperti itu boleh berlaku ke atas anaknya yang disifatkan amat baik dan tidak banyak bergaul dengan orang selain menghabiskan masa di rumah.
"Saya masih teringat lagi ketika Nurul hendak ke sekolah pada hari kejadian, dia ingin meminjam selipar saya kerana rasa selesa selain hendak memakai baju kurung kesukaannya.
"Bagaimanapun, saya reda dengan apa yang berlaku cuma berharap polis dapat melaksanakan siasatan dengan seberapa segera untuk menangkap pembunuh itu," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Daerah Jeli, Asisten Supritenden Ramle Bakar berkata, mangsa dipercayai telah diikat di sebatang pokok sebelum dirogol oleh suspek yang berkemungkinan dikenali- nya.
"Kita yakin ia dilakukan lebih daripada seorang sebelum mayatnya ditimbus di bawah rimbunan pokok buluh yang di tutup dengan daun buluh," katanya yang memberitahu operasi memburu suspek sedang giat dijalankan.
Jeraul Said :... manusia skang semakin kejam..natang
0 comments:
Post a Comment