Tuesday, April 22, 2008

Syabas KM Pulau Pinang... satu revolusi baru.

Guan Eng akan perjelas pelantikan Kah Choon kepada anggota DAP
21-04-2008 06:23:43 PM

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau akan memberi penjelasan kepada anggota DAP mengenai pelantikan Datuk Lee Kah Choon sebagai Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Pengerusi Invest Penang.

"Kami telah pun mengadakan rundingan. Sudah tentulah kami perlu memberi penjelasan," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada anggota DAP mempunyai masalah dengan pelantikan Lee memandangkan beliau anggota parti Gerakan.

"Kami mahu mempunyai satu anjakan politik yang baru. Kerajaan mahu bersikap adil kepada semua," katanya selepas upacara angkat sumpah Anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang di sini, Isnin.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata kerajaan negeri gabungan DAP-Parti Keadilan Rakyat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas dan ia tidak mengambil kira soal kaum, agama atau latar belakang politik sebagai faktor untuk mereka dilantik.

"Kadang-kadang apabila kita melakukan sesuatu yang baru, kita akan dikritik. Saya bersedia menghadapinya.

"Saya rasa lebih baik untuk memanjangkan sempadan demokrasi di samping meningkatkan tahap kecekapan," katanya.

Lee adalah bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan. Beliau melepaskan semua jawatannya dalam parti bulan lepas. BERNAMA

Jeraul said : pandangan peribadi aku jer ni ok... walaupun aku ni pro kerajaan. Syabas diucapkan kepada MB Pulau Pinang, saudara Lim Guan Eng kerana mementingkan kecekapan pentadbiran daripada perbezaan fahaman parti politik....

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites