Putin mungkin kahwin anak dara
MOSCOW: Khabar angin semakin kencang membawa berita Presiden Russia, Vladimir Putin, bakal melangsungkan perkahwinan dengan atlit gimnastik berirama negara itu, Alina Kabaeva, yang 32 tahun lebih muda daripadanya.
Cerita mengenai percintaan mereka disulami jenaka dan maki hamun kerana Putin tidak mengumumkan secara rasmi sebarang perpisahan dengan isterinya, Ludmilla, 50.
Bagaimanapun, bekas ejen KGB berusia 56 tahun itu yang tidak gemar mendedahkan kehidupan peribadinya, dilaporkan sudah berpisah dengan Ludmilla dua bulan lalu.
Hubungan Putin dengan juara gimnastik berirama dan model itu, yang kini menjadi ahli Parlimen Russia, sudah mula didengari secara tidak rasmi tidak lama dulu.
Namun baru ini, akhbar Russia berani mencetak khabar angin itu, memetik kenyataan sebuah syarikat perancang parti di St Petersburg yang mendakwa melakukan bidaan untuk menganjurkan majlis perkahwinan besar-besaran pasangan itu.
Akhbar Moskovski Korrespondent melaporkan, pasangan berkenaan akan berkahwin pertengahan Jun ini, tidak lama selepas Putin meletak jawatan sebagai Presiden.
Kerjaya cemerlangnya selama memegang jawatan itu menukar Putin dari langsung tidak dikenali kepada wira Russia, dan mendapat pujian kerana membina semula maruah negara yang pernah digegarkan dengan kekacauan selepas zaman komunis.
Sumbangan Kabaeva, terutama gimnastik berirama, menyaksikan beliau meraih beberapa pingat dan pernah mewakili Russia ke Sukan Olimpik di Sydney dan Athens.
2 comments:
cun betul bakal bini putin tu.. muda plak tu.. yg aku jadi tanda tanya larat ke putin tu? makan tongkat ali kot! aku takut bina dia la yang gelabah! maklumlah orang muda.. agaknyer berapa juta untuk majlis perkahwinan dia?
lantak dia lah nk kawin ngan sape...
Post a Comment