Thursday, May 29, 2008

Iklan Royal Marine Commando UK gambarkan Melayu Pengganas


Inilah iklan video marine UK yang menjadi isu yang dibangkitkan oleh Senator Jins Samsudin di Parlimen, seperti menggangap bangsa Melayu adalah pengganas.

Iklan ini memaparkan seorang lelaki Melayu yang mencabar askar-askar orang putih di permulaan video. Antara kata-kata yang dapat kita dengar ialah “Akulah orang paling jahat dalam dunia”. Jika didengari betul-betul, loghat pelakon tersebut bukanlah loghat dalam bahasa Melayu Indonesia tetapi bahasa Melayu Malaysia dan 'ketua kumpulan pengganas' tersebut pula mempunyai iras wajah Melayu.

Anda boleh melayari laman rasmi Royal Marines Commando di http://www.royalmarines.mod.uk/server/show/nav.6898# dan anda akan dapat melihat iklan 30 saat itu turut boleh dilayari dan ditonton di halaman utama laman berkenaan. Bayangkan kesannya kerana iklan tersebut ditayangkan sebagai selingan di kesemua panggung-panggung wayang utama di UK sekarang dan mungkin juga di televisyen.

Memandangkan iklan tersebut merupakan iklan rasmi Kementerian Pertahanan Britain, Jeraul menyeru agar Kementerian Pertahanan Malaysia dan juga Kementerian Luar menyiasat perkara ini dan mengarahkan agar iklan tersebut ditarik balik dengan permohonan maaf.

Jeraul : Agak-agak anda, dapat ker iklan ni di tarik balik?.. Sedangkan isu filem fitna yang dicemuh semua penduduk Islam lagi tak dapat di tarik balik...inikan pula iklan yang seperti ini.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites