Monday, May 26, 2008

Stacy Juara Akademi Fantasia 6


Video konsert akhir Akademi Fantasia 6... Stacy...

Stacy dari Sabah Juara Akademi Fantasia musim ke 6. Seorang lagi juara wanita dari program realiti Tv terbaik negara. Persembahan Stacy pada konsert akhir cukup bagus dan seperti seorang artis yg professional. Lagu pertama yang dipersembahkan ialah "Atas Nama Cinta" nyanyian asal Rossa begitu mempesonakan sehingga juri-juri pun turut berasa kagum. Lagu kedua berjudul "Aku Stacy" yg dibawa cukup bersemangat dan bertenaga. Dari segi keperibadian, Stacy sememangnya seorang yg bersopan santun dan menghormati semua tenaga pengajar, peminat dan ahli keluarganya. Jeraul baru tau sebenarnya si Stacy ni belum sempat ambil SPM pun... kesian...

Tahniah Stacy kerana berjaya menjuarai Akademi Fantasia musim ke 6!!

Keputusan penuh konsert akhir Akademi Fantasia musim ke 6:

Juara : Stacy (Atas Nama Cinta dan Aku Stacy)
Naib Juara : Riz (Hanya Sandiwara dan 11 Januari)
Tempat ke-3 : Nubhan (Bukan disini dan Ada Untukmu)
Tempat ke-4 : Toi (Cinta Zulaikha dan Panahan Asmara)
Tempat ke-5 : Nadia (Kalut lagi Mengarut dan Aku Lebih Tahu)

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites