Laman web papar video dan gambar lucah rakyat Malaysia
SEREMBAN: Satu laman web yang memaparkan 4,000 klip video dan gambar rakyat Malaysia dalam pelbagai aksi seks yang melampau telah mendorong Pemuda Umno Negeri Sembilan mendesak pihak berkuasa supaya bertindak.
Ketua Pemuda Umno Negeri, Datuk Jamlus Aziz, berkata video lucah membabitkan gadis-gadis bertudung seperti yang dipaparkan dalam laman web itu, menjatuhkan kesucian agama Islam.
Katanya, laman web itu bukan sekadar memaparkan aksi lucah tetapi mengandungi juga sebuah video memaparkan seorang wanita berstatus isteri ditangkap berkhalwat oleh suaminya dan seterusnya menunjukkan perbuatan suami serta rakannya membelasah lelaki itu.
Jamlus berkata badan yang bertanggungjawab memantau internet sepatutnya menyekat kewujudan laman web seperti itu dari peringkat awal.
"Jangan lupa, kes sumbang mahram, rogol dan kejatuhan moral sebenarnya berpunca dari perbuatan seperti ini,” katanya. — Bernama
Jeraul : Ingat tak dulu punya video kisah pramugara terlampau.
Tapi yang ni lagi teruk sampai video dan aksi lucah dari gadis2 yang betudung
pulak tu. Video atas ni aku amik dari Youtube.com jer... aksi romen-romen.
Macamana nak sekat kalau dah terlalu banyak laman web camney. Apa tah lagi kalau yang uploadkan kat laman2 web tu adalah perempuan2 tu sendiri atau pasangan masing2
0 comments:
Post a Comment