Friday, May 02, 2008

Polis menyerbu rumah Raja Petra Kamarudin pagi ini berhubung siasatan mengenai tulisannya berkaitan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seramai tujuh anggota polis tiba di rumah beliau pada jam 9 pagi tadi dan menyoalnya berhubung tulisan tersebut.

Pasukan tersebut diketuai oleh DSP Victor Sanjos dari bahagian jenayah siber Bukit Aman.

Polis yang berada selama dua jam di rumahnya, turut merampaskan komputer ribanya.

Raja Petra mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Katanya,polis memberitahunya bahawa beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.Beliau diarahkan hadir di bahagian jenayah

siber pagi esok.



PS : Betul kah? ada sesapa leh kompom kan???

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites